January 26, 2012

Coretan buat mu


Assalamualaikum…

Coretan khas buat suamiku tersayang….

Sesungguhnya saat paling bermakna dalam hidupku adalah saat diriku berada di sisimu. Dirimu adalah anugerah yang terindah buat diriku dan aku amat berharap dirimu akan bersama-sama denganku meniti gerbang syurga firdaus di sana nanti. Bukan impianku untuk bersamamu di dunia semata-mata tetapi paling utama dapat bersamamu lagi di syurga abadi…

IMPIAN KE SYURGA BERSAMA ADALAH MATLAMAT HIDUPKU BERSAMAMU.

Abang,

Matlamat untuk ke syurga bersamamu adalah satu cabaran terbesar buat sayang. Sayang pun berharap abang mempunyai matlamat yang sama. Abang, sayang tahu abang dah buat yang terbaik buat sayang. Sayang juga bahagia di sisi abang. Cuma utk matlamat yang satu ini sayang perlukan abang untuk membantu sayang.

Abang,

Untuk ke syurga bukan mudahkan apa kata kita sama-sama memudahkan perjalanan kita untuk ke syurga bersama. Maksud sayang kita sama-sama menjaga HAK ALLAH. Perkara utama yang perlu kita buat adalah menjaga SOLAT.. Solat adalah perkara paling utama abang. Perintah solat Allah berikan secara direct kepada Nabi Muhammad sedangkan ibadah lain melalui perantaraan malaikat. Kalau sayang ada buat kesilapan abang tegurlah supaya sayang dan abang dapat bersama ke syurga ye abang…

Abang,

Sayang amat sayang kan abang. Insya’Allah sayang akan meringankan beban abang dalam mendidik sayang. Supaya abang mudah ke syurga dan sayang juga dapat ikut bersama.

Abang.

Sayang amat sayang kan abang kerana Allah. =)

Maaf sayang andai ada melukakan hati abang..

Catatan : Warkah untuk sahabatku titipkan buat suaminya. Diharapkan warkah ini membantu sahabatku dalam membina mahligai rumahtangga ke syurga. Tiada manusia yang tidak buat silap dan semoga Allah lembutkan hati dia untuk menjadi suami yang terbaik buatmu sahabatku. Untuk mendapat yang terdidik kita dahululah perlu mendidik diri kita.


No comments: