January 14, 2012

Di SMIAH

Alhamdulillah kini mengajar di Sek Men Islam Al- Haj mulai 10 Januari 2012. Walaupun terpaksa mengajar dan tidak menjadi kaunselor sepenuh masa tetapi redha jelah. Memandangkan sesi pembelajaran di sini belum bermula maka setiap hati kami bergilir-gilir masuk kelas untuk membuat sedikit preview kepada student tentang apa yang bakal mereka pelajari. Sejarah…subjek yang telah lama ditinggal namun rindunya zaman belajar subjek ni. ( Cikgu Mas, saya masih teringat perhatian yang cikgu berikan pada saya dulu sampai ada yg jeles huhu. Apa-apa pun jasa baik cikgu saya hargai dan Alhamdulillah A sejarah dlm SPM)

Memikul amanah sebagai guru kelas dengan bilangan murid dua orang memang melucukan. Nak buat keceriaan kelas pun tak tau nak mula macam mana dah la seorang muslimin seorang muslimat. Erm…yang muslimin ini banyak plak ragamnya dan yang muslimat ini plak anti dengan lelaki. Aduh…macam mana ini dua-dua seakan-akan tiada keserasian. =)

Harap-harap kalian berdua menjadi pelajar yang baik. Tak serasi ke serasi ke yang penting kamu berdua adalah pelajar saya. Bersedialah untuk diterokai kerana saya percaya ada RAHSIA yang terpendam dan tersembunyi dalam diri kamu berdua.

No comments: