January 29, 2012

antara geli atau takut


Disebuah desa tinggallah seorang pemuda bersama seorang ibu dan adik perempuannya. Mereka hidup aman bahagia. Setiap hari hidup mereka akan di sinari warna-warna ceria. Kegembiraan dan saat bahagia mereka tiba-tiba tercalar….

Pada suatu hari, ketika pemuda ini sedang beristirehat menonton tv muncul seekor lipas. Namun, pemuda ini bernasib baik kerana lipas yang datang bukan lipas terbang hihi. Hal ini disebabkan menurut penglipur lara, si pemuda ini paling takut dengan lipas terbang. Walaupun dalam ayat yang lebih manis si pemuda ini ‘geli dengan lipas’.

Ok, sambung cerita…Apabila si pemuda ini nampak je lipas tersebut, tanpa membuang masa dia terus mengambil penyapu. Konon la, nak pegang tak boleh berbahaya ( dlm hati tak sanggup nak sentuh) so, penyapu sbg senjata. Sementara si pemuda mengambil penyapu, lipas ni kan ada kaki jadi lipas pun bersembunyi. Huh, naik angin terus la si pemuda kerana gagal membelasah lipas tersebut. Sampaikan menjadi misi pada waktu itu “KU JEJAK MU WAHAI SI LIPAS “ hehe….

Moral of the story : selagi belum tiba saatnya tak kan mati si lipas ini hihi….

Catatan : maafkan ana hehe. Tulisan ini tiada kaitan dgn sesiapa tp kalau ada yang terasa mayb dia lah orangnya….=)

No comments: