Setelah melalui empat minggu di alam praktikal, terlalu banyak perkara yang aku pelajari. Adakalanya karenah pelajar sukar dijangka dan pula sesetengahnya inginkan perhatian penuh dari kita. Macam-macam yang kutemui.. Gelagat mereka sungguh mencuit hati hehe..
Group NSL adalah salah satu dari puluhan group pelajar yang ada di dalam sekolahku ini. Hubungan aku dengan mereka boleh dikatakan agak rapat. Setiap hari mereka adalah insan tetap yang bertandang ke Bilik Kaunseling. Walaupun tidak membuat sebarang sesi bimbingan atau sesi kaunseling mereka datang sekadar untuk berborak-borak denganku dan Nida.
Perhatian yang kami berikan kepada mereka membuatkan mereka telah merancang untuk menyambut ulang tahun kelahiran kami pada 03 Mac 2011 yang lalu. Biarpun tarikh lahir kami masih jauh lagi. Mereka bersungguh ingin meraikan awal dari tarikh sebenar kerana 20 mei ini akan berakhirnya praktikum kami di sekolah tersebut....
Jauh di sudit hatiku, terharu dengan apa yang mereka lakukan. Mereka ini bukanlah datangnya dari keluarga yang berada dan terpaksa mengutip duit untuk meraikan kami. Setiap hari sanggup pulang lewat dari sekolah semata-mata ingin datang ke Bilik Kaunseling. Semoga kalian mendapat sesuatu daripada petemuan kita dan terimalah nasihat kami dengan hati yang terbuka kerana kami sayang kamu....
1 comment:
wau..bestnya..sy jg b'impin m;jadi seorg guru..guru matematik..nk layan karenah budak-budak..mesti best..=]
Post a Comment