March 15, 2011

anDA TOKOH mUDa????


Alhamdulillah bersyukur sangat kerana masih diberi kesempatan mencuri masa untuk menulis di dalam blog yang sudah semakin usang ini...( sekadar intro huhu)...

PENDAHULUAN STORY.....

"kita merancang Allah juga merancang namun Allah juga sebaik-baik perancang".


Praktikal sebagai seorang kaunselor sekolah bukan suatu yang mudah. Bila difikirkan kembali asgment lect bagi tu lagi la mudah. Baca buku dan cari bahan jea taip and then hantar. Tapi bila mendepani alam realiti diminggu percubaan ini Ya Allah....teruja dan terujinya kesabaran dan kekuatan mental, fizikal dan emosi...

Dalam kekalutan dan kenikmatan cuti sekolah selama seminggu pelbagai perancangan telah terencana. Namun siapa kita bisa melawan takdirnya. Program pengawas, tiada sebenarnya dalam catatan diari tetapi itu takdirnya maka adalah aku untuk mu huhu....

Program ini bukan program anjuran sekolah tempat aku berpraktikal tetapi aku menghadirkan diri ini atas jemputan sahabat serumah dan teman sepejuangan. Melihat kesungguhannya dalam memperjuangkan program tersebut maka aku meringankan kaki melangkah, sekadar membantu untuk dua slot yang terpenting buat dirinya.

***************************************************************************************

SEBELUM TIBA KE TAPAK PROGRAM

Kawasan rumah sewa (Baitul Izzah) terputus berkalan air. Bayangkan dari Kalumpang terpaksa bergegas mencari air hingga ke Taman Bernam, Tanjung Malim (rumah sewa kawan). Seusai solat maghrib perjalanan bermula. Hujan lebat mengiringi hingga ke tapak program. Sepanjang perjalanan kereta memenuhi jalan membuatkan berlaku sedikit kesesakan lalu lintas. Oh...di sini telah bermula cabaran. Di sebabkan kekalutan yang melanda maka teks "TOKOH MUDA" tertinggal tidak sempat di print untuk digunakan dalam slot pertama......

SEMASA DI TEMPAT PROGRAM
Rata-rata para pelajar ini memandang pelik kepadaku maklumlah aku bukan guru mereka huhu...Tapi buat slamber jelah senyuman paling manis aku berikan. Aku hanya melihat aktiviti pertama mereka selepas solat isya'....Lebih kurang sejam kemudian barulah slot aku bermula. Oleh kerana teks tidak bawa maka aku terpaksa mengambil masa untuk menulis kembali teks tersebut. (memang tak profesional betul hihi)

Setelah aktiviti tersebut selesai, aku diperkenalkan kepada pelajar-pelajar berkenaan. Slot aku pun tiba..Ya Allah terasa juga nervous nya maklumlah harapan sahabat yang digalas dan kejayaan program ini memberi kredit buat dirinya dalam praktikal ni.

Pelajar ini ditenangkan dan bacaan sajak (teks tokoh muda) dibacakan. Kemudian sesi provokasi bermula. Motifnya sekadar menyedarkan mereka bahawa merekalah seorang tokoh muda. Ini disebabkan mereka tidak nampak akan kelebihan yang ada dalam diri mereka. Setelah mengenal siapa tokoh muda, harapan kepada tokoh itu aku minta dicoretkan. Ada di antara mereka yang tidak mencoretkan sepatah kata pun. Mereka tidak mempunyai apa-apa harapan sedangkan amanah yang dipikul sebagai pengawas bukannya mudah.

Mereka dikejutkan dengan peranan dan harapan guru-guru buat terhadap diri mereka. Dilantik sebagai pengawas bukan utk kejar glamer tetapi memikul amanah yang berat untuk dilaksana. Air mata mula bergenang dan kesedaran dapat dirasai mula hadir dalam jiwa-jiwa meraka yang sebelum ini kabur tentang peranan yang dimainkan. Slot refleksi awal ini menampakkan kesedaran dan keazaman untuk menjadi tokoh muda terzahir.

Aku telah memanggil pelajar yang tidak mempunyai harapan ke hadapan. Soalan yang bertubi-tubi ku berikan sehingga aku memanggil ketua pengawas dan dua orang lagi MT yang bertanggungjawab menjadi penemuduga dirinya. Dari situ Mt pengawas nampak bahawa mereka telah tersalah memilih calon kerana pengawas tersebut adalah pengawas percubaan so bleh la nk kena reject bile-bile masa.

Dalam tempoh yang singkat pakatan dibuat bersama Mt untuk melucutkan jawatan pengawas kepada pelajar tersebut. Aku masih setia dengan peserta yang lain. Memberi ruang kepada MT untuk meluahkan harapan kepada peserta-peserta yang lain. Suasana santai jer.....

Kemudiaan, sesi menjatuhkan pelajar td bermula dengan pengumuman bahawa pelajar tersebut dengan rasmi dilucutkan jawatan. Saat itu bangkitlah beberapa peserta lain back up dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan Ketua Pengawas. Huh, memang sengit lah mereka memperjuangkan seorang pengawas percubaan ini. Siap naik pentas itu bagi sokongan kepada pengawas pecubaan itu. pabila semua peserta bangun dan laungkan mempertahankan pengwas percubaan itu barulah Ketua Pengawas menarik kembali kata-katanya sebentar tadi dan semua gembira hingga ada yang menitiskan air mata. Huh, suasana memang touching la time tu. Maklumlah bile dah kehilangan baru nak menghargai....Semangat dan kerjasama mereka teserlah juga.

Peserta pun dibenarkan tido selepas penat menitiskan air mata..huhu...aku pun sedih juga tengok diorng sedih.

Slot kedua...ini slot yang agak mendebarkan..pertama kali aku kena handle bab ini...huhu..maaflah sahabat hati ana berdebar juga sebenarnya....

Semua dikejutkan jam 2.30 pagi....MT dan ketua biro diasingkan. Wah, bangganya siap berposing lagi mereka ini. Maklumlah pengawas yang lain kena join aktiviti "sibuta ku sayang". Dalam hati ku berkata " korang ingat korang terlepas ke hahaha....."

Beberapa pelajar lelaki dalam kalangan yang MT dan ketua biro ini siap bleh menyanyi tapi memang sedap suara diorang (puji jelah huhu)...

Aku dan sahabat membawa si ketua-ketua ini jauh dari peserta yang lain. Kita nak kena jaga juga air muka orang besar ini. mana boleh menjatuhkan mereka di depan orang bawahan mereka...habislah kredibiliti mereka tercabar.

Bulatan di bentuk aku dan sahabat berada di dalam bulatan. Awalnya sahabatku mengajukan beberapa soalan untuk melihatkan kepadaku keadaan dan situasi pengawas di sekolahnya. Dari situ aku harus menganalisa di mana kekuatan dan kelemahan yang ada dalam kalangan mereka. Background telah ditemui huhu... maka aku mengambil alih bagi membuat provokasi kepimpinan ini. Setiap sudut yang lemah dicungkil dan ada 4 perkara yang cuba dijelaskan. Peranan ketua pengawas dan MT , hubungan dan ikatan hati antara satu sama lain, dan pendedahan masalah dalaman kepada orang luar.

Setelah 4 perkara tersebut selesai diterokai, wajah-wajah mereka semakin muram dan penat berdiri hampir 1jam 30 minit huhu.... Langkahan seterusnya adalah memanaskan keadaan. Kepimpinan ini terlalu banyak kelemahan dan aku provok ketua pengawas agar meletakkan jawatannya. Rasionalnya dia gagal melaksanakan tanggungjawab sehinggakan membimbing MT dan ketua boro juga tidak sempurna. Maklumlah dia dah nampak kelemahan so bleh la kita getak diekan huhu...Aku bertanyakan kepada semua MT da Ketua Biro sama ada dirinya layak untuk terus memegang jawatan ketua pengawas.... Nyata jawapan yang diterima hampir 4 orang mengatakan tidak layak dan dilantik kerana hanya dia je yang paling layak dalam kalangan yg tidak layak...huh, perlantikannya hanya kerana terpaksa. Aku sedarkan dirinya bahawa dia tidak disokong oleh MT& ketua biro dan semua nampak bahawa dia tidak layak. Orang kanannya sendiri mengakui hal tersebut. Kini dirinya bersendirian masakan bisa bergerak tanpa sokongan. Sekali lagi aku mengesa dirinya meletakkan jawatan. Air matanya akhirnya tumpah juga.....

Sahabatku pula mainkan peranan. Menyedarkan MT dan ketua biro bahawa mereka hari ini telah membuatkan seorang pimpinan mereka menitiskan air mata kerana sikap mereka sendiri dan tidak ada yang tanya mengapa ketua mereka menangis.

mereka diRasionalkan dan diperjelaskan kembali bahawa ketua mereka ini berkorban banyak dalam memikul amanah yang cukup berat, senang-senang mereka kata dia tidak layak. Mereka ingin diberi perhatian oleh ketua pengawas tetapi siapa yang ingin memberi perhatian kepada ketua pengawas? Pelbagai persoalan dituju kembali buat MT dan ketua BIro yang sanggup menggulingkan ketua pengawas dan mempertikaikan kredibilitinya.

Akhirnya aku izinkan setiap mereka meluahkan sesuatu buat ketua pengawas. (saat ini sedih sungguh....) barulah mereka sedar akan kesilapan dan perlunya mereka bergandingan bersama ketua pengawas untuk menjalankan tanggungjawab. Ikatan hati dan ukhwah antara mereka perlu mantap supaya lebih mudah dalam gerak kerja. Mereka pun bersalam-salaman sambil meluahkan isi hati dan kemaafan atas kekhilafan sendiri.

Ketua pengawas juga diberi peluang berucap untuk kali terakhirnya. Dia meluahkan rasa bertapa sedihnya melihat anak buah sendiri tidak menyokong dirinya. Dia tidak minta yang lain melainkan sokongan teman seperjuangan.

Slot ini pun ditamatkan dengan doa robitah...memang sedih saat masing-masing meluahkan kata maafkan dan kekhilafan sendiri. semoga kalian menajdi tokoh muda yang hebat untuk agama, bangsa dan negara....


PENAMAT
Tarbiyyah juga diriku dalam usaha mentarbiyyah orang lain. Semoga sama-sama kita bangkit untuk bersatu dalam menegakkan ISlam...






No comments: