February 12, 2011

Memusuhi Allah Taala...


Alhamdulillah, dalam kesibukan menyesuaikan diri di alam praktikum Allah masih memilih diri ini untuk hadir ke dalam majlis ilmu. Walaupun sedikit kepenatan dan jarak yang jauh dari tempat majlis ilmu ini diadakan namun langkahan kaki tetap diteruskan dengan yakin ada sesuatu yang bermakna telah dijanjikan di dalam majlis ilmu tersebut.

Siapa yang memusuhi Allah Taala

Sedar atau tidak kita kadang kala menjadikan Allah Taala sebagai musuh. Menurut Bab 37 dalam kitab yang disampaikan oleh penceramah 'barang siapa memusuhi Allah Taala adalah orang yang mengingkari setiap perintah Allah'. Contoh perbuatannya ialah tidak mahu solat, mendedahkan aurat dengan sengaja, tidak berpuasa pada bulan ramadhan dan banyak lagi.

Mereka yang memusuhi Allah Taala ini lebih menyukai perkara-perkara yang dilarang dalam agama. Contohnya, berzina, minum arak dan lain-lain lagi. Mereka memusuhi pencipta tetapi syaitan menjadikan ikutan utama.

TAK NAK IKUT PERINTAH ALLAH = MEMUSUHI ALLAH
SUKA LARANGAN ALLAH = MEMUSUHI ALLAH

Gambaran di akhirat

Muka mereka hitam dan biru kedua-dua belah mata dan dikunci mulut orang-orang yang akan ke neraka. Malaikat Zabaniah telah menunggu ketibaan mereka di hadapan pintu neraka. Dengan segala alat dipasung di bahagian leher. Tangan kiri akan masuk ke dalam dada dan tertembus ke belakang badan semasa mengambil buku amalan. Syaitan pula menjadi pendamping setia. Oleh kerana di dunia mereka mengagungkan syaitan maka di akhirat sana mereka akan sentiasa di temani syaitan ke mana sahaja ( ada lagi gambaran yang lebih dasyat tp tak sempat salin).

Info tambahan : Setiap kali berwuduk ketika membasuh muka jangan lupa berdoa "Ya Allah janganlah hitamkan wajahku di akhirat". Hal ini disebabkan wajah-wajah ahli neraka hitam.

Pasti dan pasti keadaan dan gambarannya amat menakutkan sehinggakan sesiapa yang hadir di dalam majlis ilmu itu dapat merasai betapa ngeri yang tidak dapat digambarkan keadaan diakhirat sana bagi orang-orang yang memusuhi Allah Taala. Keadaan malaikat Malek digambarkan di saat orang-orang yang memusuhi Allah ini bertemu dengan mereka, mereka boleh lupa bahawa mereka adalah umat Nabi Muhammad s.a.w Sedangkan sebelum bertemu malaikat Malek mereka ini tidak pernah lupa akan Nabi Muhammad s.a.w. Betapa takutnya mereka saat melihat malaikat penjaga neraka itu sehinggakan malaikat Malek menyebut nama Nabi Teragung itu, barulah mereka mengingati bahawa mereka umat Nabi Muhammad semula.

Penutup
Rasailah nikmat neraka yang amat menyakitkan itu bagi insan-insan yang mendustakan kewujudannya di dunia dahulu. Namun, dalam pada itu, diceritakan di dalam kitab tersebut umat Nabi MUhammad banyak mendapat hak-hak keistimewaan dan Nabi MUhammad s.a.w. banyak membela umat akhir zaman ini. Oleh kerana istimewanya Nabi Muhammad s.a.w sebagai kekasih Allah begitulah juga istimewanya umat Nabi Muhammad. Sungguh besar kasih sayang Nabi Muhammad s..a.w kepada kita umatnya. Adakah kita juga menyanyangi baginda???

****************************************
Setiap malam selasa di surau area Kuala Kubu diadakan kuliah tauhid dan apa yang ana kongsikan ini sebahagian ceramah beliau di dalam kitab yang lain bukan kitab tauhid. Perkara Dalam yang dibincangakan di dalam kitab tauhid pada malam tersebut berkaitan perbahasan ulama' tentang "WUJUD" (sifat-sifat Allah). Setelah habis membincangkan kitab tersebut barulah penceramah mulakan Bab 37 tersebut yang diambil dari kitab yang lain.

p/s: sangat seronok dan boleh muhasabah diri ketika mendengar kuliah Tauhid ini. Sesiapa ada ruang masa dan kesempatan dalamlah mendengar kuliah ini kerana memang seronok. Semoga ana masih dipilih oleh Allah.....






No comments: