January 10, 2011

KENAL……ALAMI….NIKMATI…


ERTI SEBUAH CINTA

Cinta!!!

Hidup manusia sering menuntut cinta lebih-lebih lagi seseorang diusia remaja. Tanpa cinta jiwa akan sengsara dan kosong penuh tanda tanya. Namun, apakah nikmatnya cinta itu??? Kita boleh ibaratkan cinta seperti sebiji epal. Kenikmatan makan epal hanya bisa dirasai oleh insan yang memakannya. Jika tidak pernah mengenal epal maka sukarlah untuk mengetahui nikmatnya makan sebiji epal. Begitu jugalah dengan cinta. Apabila kita kenal cinta dan pernah mengalaminya maka kita akan tahu kenikmatan cinta itu.

Menyentuh tentang akhlak Rasulullah s.a.w pula bagamana kita hendak mencontohi baginda? Untuk bertemu dan kenal Rasulullah s.aw. secara bersemuka adalah mustahil buat kita umat akhir zamankan. So bagaimana kita hendak mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w yer…

KENAL DIRINYA

Terdapat banyak sirah yang menceritakan tentang akhlak Rasulullah s.aw. bagaimana akhlak baginda sesama para sahabat, bersama para isterinya, sesame anak yatim dan lain-lain. Melalui sirah-sirah tersebutlah kita akan dapat mengenali baginda walaupun tanpa melihat wajahnya. Akhlak baginda diibaratkan seperti al-Quran dan terlalu indah budi pekertinya. Baginda juga tidak pernah member layanan buruk kepada sesiapa pun biarpun dirinya dibenci.

Diriwayatkan di dalam sebuah sirah ketika Rasulullah s.a.w. bermusafir dengan sorang lelaki bukan Islam yang tidak pernah dikenalinya dan lelaki itu juga tidak mengenali baginda. Sebelum perjalanan bermula si lelaki telah berkata engkau boleh berjalan bersamaku dengan syarat aku tidak mahu mendengar kau menyebut nama Muhammad. Mendengar syarat tersebut maka sepanjang perjalanan itu Rasulullah s.aw. tidak menyebut langsung namanya sendiri dan membuatkan lelaki tersebut selesa bermusafir bersama baginda. Akhirnya mereka telah tidak ke destinasi yang dituju. Sebelum berpisah lelaki tersebut betanya nama baginda, alangkah terkejutnya si lelaki itu kerana tidak menyangka bahawa yang beriringan bersamanya adalah Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.aw. adalah orang yang dibencinya dan dihina sebelum mengenali baginda dan setelah mengenali barulah si lelaki itu mengetahui siapakah sebenarnya Rasulullah s.a.w. yang kita cintai. ….

Untuk kita mencontohi baginda maka kita perlu kenal baginda dan rajinlah meneroka sirah-sirah perjalanan hidup baginda. Jika tidak kenal baginda, kita tak akan tahu bagaimana indahnya akhlak baginda dan jauh sekali mencontohinya.

CONTOHI AKHLAKNYA.

Setelah kenal baginda dan mengetahui akhlaknya barulah kita boleh mencontohinya. Mungkin agak sukar untuk kita mencontohi seratus peratus akhlak baginda tetapi paling kurang mencontohi selagi termampu. Apabila diminta mencontohi akhlak baginda ada yang berkata susah hendak mencontohi Rasulullah s.a.w kerana baginda nabi. Tambah pula, maksum sedangkan kita manusia biasa.

Kita harus tahu baginda tetap manusia biasa seperti kita. Habis tu yang semakin ramai mencontohi artis itu bagaimana??? Artis juga manusia seperti kita cume mereka dikenali ramai sedangkan kita tidak. Tetapi kita mudah jer untuk mencotohi mereka berbanding mencontohi Rasulullah s.a.w. Sewajarnya kita mencontohi insan-insan yang jauh lebih tinggi darjatnya dari kita, tak kan yang lebih terus dari kita kan…

Semoga kita sama-sama dapat mencontohi akhlak baginda dan semua itu adalah sunnah. Ingatan buat diri sendiri dan ingatan untuk yang sudi membaca…berusahalah menjadi sahabat yang tidak akan membiarkan sahabatnya terjun ke neraka tetapi sebaliknya bersedia terjun bersamanya ke neraka untuk menarik tangannya beriringan dengan kita menuju ke syurga….

No comments: