Tahun 2010 telah pun melabuhkan tirainya beberapa hari yang lalu. Kini tahun 2011 bersaman 1432 Hijriah. Tercipta pelbagai sejarah dan pengalaman yang direkodkan dalam memori diri masing-masing. Namun, apakah perancangan dan catatan terbaru yang bakal di isikan di dalam memori tahun ini???
Azam ingin berubah
Rata-rata antara kita pasti terdetik ingin melangkah kaki ke alam tahun baru dengan penuh kenikmatan dan keindahan. Keazaman memperbaiki kelemahan dan memperbaiki kesilapan lalu lantas berhijrah tercalit di dalam lubuk hati.
Dalam surah an nisa' ayat 100 Allah telah berfirman yang bermaksud:
dan sesiapa Yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah Yang banyak dan rezeki Yang makmur; dan sesiapa Yang keluar dari rumahnya Dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka Sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
Niat ingin berubah
Tunjuan dan sandaran perubahan yang dilakukan mesti bermula dari niat. Ada ketikanya sesetengah individu ini ingin berubah tetapi niatnya bukan disandarkan kerana Allah. Berubah kerana kekasih, kerana sahabat kerana mak ayah dan tidak meletakkan kerana Allah. Hanya hati kita sahaja yang tahu niat kita. Check hati kecilmu yang paling dalam.
Hadith Pertama Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya:"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
Mulakan langkahan
Sekadar niat dan kata-kata tidak bisa mengubah sesuatu keadaan. Hanya dengan mulakan langkahan pertama penghijrahan baru bermula. Tanpa langkahan dimulakan sudah pasti keazaman tinggal kenangan dan menjadi sebuah impian yang semakin jauh.
Oleh itu, pasangkan keazamanmu, perbetulkan niatmmu dan mulakanlah langkahanmu. Usah ditangguh kerana detik ingin berubah itu adalah gerak hati dan petunjukkan dari Allah. Jika terus dibiarkan dikhuatiri hidayah itu akan hilang dan tidak datang kembali.
No comments:
Post a Comment