November 16, 2012

CinTa Kita - 2

Zaman silam saya banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam mencari cinta lelaki. Saya juga seperti kalian punya keinginan untuk menyintai dan dicintai. Sekuat mana pun di awal usia remaja saya menafikan keperluan kasih sayang berlawanan jantina, akhirnya saya harus terima hakikat itu adalah fitrah.

Mencintai insan yang salah adalah suatu langkah yang terindah dalam hidup saya. Biar pun kepahitan yang saya lalui ketika mengharungi semua badai yang melanda tetapi saya sangat percaya kerana SAYANG ALLAH PADA SAYA saya temui dirinya. (Buat suamiku jgn cemburu...hatiku tetap milikmu =)  

Naskah "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul" adalah sebuah buku yang amat bermakna buat diri saya. Saya pun ada sarankan pada awak semua untuk membacanya. (En.Suami pun kena baca buku tukan huhu). Melalui buku itu saya tekad dalam diri, saya akan cuba lakukan yang terbaik dalam mencari pasangan walaupun nyata saya dan penulis buku tersebut bagai langit dan bumi. Nak tau apa yang saya mahu sama dengan penulis???

  • Menerima insan yang hadir secara terhormat melalui orang tengah dan bukan direct kepada diri.
  • Mengenali dirinya melalui saudaranya yang terdekat atau insan-insan yang hampir dengannya. 
  • Tiada ungkapan cinta dan melibatkan perasaan selagi hubungan belum halal.
  • Rahsiakan pertunangan dan sebarkan pernikahan. 
Saya memang bersungguh-sungguh ingin pegang 4 perkara ini. Tidak saya nafikan tempoh belajar di UPSI bukanlah saya tenang tanpa ujian melibatkan perasaan. Adakalanya saya juga lemah dan hampir tersungkur kerana bimbang selamanya bersendirian tanpa pasangan. Namun SAYANG ALLAH PADA SAYA saya berjaya menjaga diri saya hingga terlaksana 4 perkara yang saya impikan alhamdulillah. 

Kenapa semua ini saya ceritakan??? 


Sebab saya juga seperti kalian pernah melalui titian-titian remaja yang penuh mehnah cuma selagi kita ada pegangan dan jelas matlamat inshaAllah laluan kita akan selamat dan bahagia akan kita temui diakhirnya. 

Biarpun di awalnya 
Air mata sentiasa tumpah  ke bumi
Jiwa terseksa kena keliru dengan erti cinta
Masa depan hampir musnah kerana pasrah

Tapi

Kerana sayangnya Allah
Segala yang pahit rupanya hadiah 
Mentarbiyyahku untuk mula berhijrah
Terima kasih Ya Allah

No comments: