November 20, 2012

Burung

Melihat burung berkicauan indah beterbangan di ruang angkasa. Bahagianya mereka girang bernyanyi-nyanyi. Biar pun mencari rezeki yang belum pasti ditemui. :)

Terlupa seketika ada antara mereka (burung) yang tidak menikmati suasana indah itu. Mereka dipelihara, dibelai dan dijaga setiap masa. Tidak perlu memikirkan di mana rezeki harus dicari kerana memliki tuan yang prihatin sekali. Setiap keperluan pasti dipenuhi. Mudah memenuhi tuntutan kepeluan fizikal tapi jiwa yang sepi tanpa kebebasan tiada siapa yang mengerti. :(

Semoga ada sinar yang menanti dan kebebasan akan dapat dinikmati kembali.

Bersyukurlah dengan setiap kenikmatan yang dikecapi dan bersabar terhadap impian yang masih belum dipenuhi....

No comments: