September 26, 2012

cINTA kitA - 1

Aku mencari siapa dirimu
Detik waktu berlalu tanpa henti diriku menanti
Tujuan diri jelas ingin bersamamu
Dibatasan waktu aku tetap menunggumu

Cinta adalah perasaan yang sangat indah untuk digambarkan. Bisa mengubah duka menjadi bahagia, membuat insan terseksa menjadi ceria, mengubah penampilan dari biasa menjadi segak seadanya dan nyata mampu mengubah banyak perkara tanpa disangka-sangka. Kuatnya kuasa CINTA. 

Rugi tau siapa yang tak menghargai nikmat cinta yang suci dan lebih rugi mengotorkan cinta dengan debu-debu dosa....

Cinta Kita....

Buat sahabat-sahabatku dan teman rapat yang sentiasa ada bersamaku, akan ku coretkan kisah "cinta kita" buat kalian semua. Ini adalah kisah cintaku yang tersimpan kemas dilubuk hatiku hingga aku tidak mampu berkongsi dengan kalian semua sehingga saat ini (saat diriku sah berstatus isteri hihi). Ku tahu ramai yang terkejut saat pertama kali ku layangkan sms

 "Bismillahi wal hamdulillah Assalamu'alaikum w.b.t 

Alhamdulillah, dikesempatan nikmat yang Allah kurniakan, saya dengan penuh rasa kesyukuran dan rendah

 diri ingin menjemput Tuan/Puan, Encik/Cik, Ustaz/ah, sahabat/ah dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini 


ke Majlis Kesyukuran sempena perkahwinan saya yang akan berlangsung pada 


06 Jamadilakhir 1433H ( 28 April 2012M -Sabtu)


Kami juga mengharapkan doa daripada kalian agar bahtera yang bakal dibina mendapat sakinah, mawaddah 

wa rahmah dan akan kekal hingga ke Jannah...ameen"

Kalau awak semua nak tahu saya pun berdebar-debar masa nak create ayat untuk jemput korang. Maklumlah tiba-tiba kan nak jemput walimah. Maz (kwn masa F6 ) orang pertama yang call selepas sms yang dihantar delivered.

Antara soalan famous orang selalu tanya :

Bila bertunang??? tup..tupp... nak nikah dah. 

Jawapannya  " Rahsiakan pertunangan dan sebarkan pernikahan, sebab tu tunang dulu tak dibagitau sekarang nak walimah barulah saya jemput hihi"


Love or arrange marriage ???

Jawapannya " Dua-dua bukan. Sebab kami memang tak bercinta pun. Aturan keluarga lagi la tak sebab cari sendiri. So kami cinta lebih kawin dengan pilihan hati sendiri hihi"

Macam mana boleh kenal?
Macam mana awak boleh decide untuk kahwin?
Apa perasaan awak pada dia?
Macam mana awak boleh yakin itu memang jodoh awak?


FUHHHHH!!!!!!!!! memang letih nak jawab soalan-soalan yang cemas macam ni. Kelakar pun ye juga bila orang tanya. Nak tahu jawapan dan kisahnya nantikan coretan akan datang cINTA kitA - 2

No comments: