August 09, 2012

Memburu ibadah 10 ramadhan terakhir



Sekelip mata terasa ramadhan sudah hampir meninggalkan kita. Memburu 10 malam  terakhir dalam merebut Lailatul Qadar telah bermula. Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Beribadah dalam mencari Lailatul Qadar bukan bermula dari malamnya tetapi dari siang harinya. Dimana pada waktu siang lagi perkara-perkara maksiat harus dijauhi demi mendapatkan gangjaran di malam harinya. 

Bersama-samalah kita mengejar cinta Illahi dan merebut kasih sayang sejati Rabbi. TanpaNya siapa kita dan tanpanya apalah  erti hidup kita. 


No comments: