September 06, 2012

Bosannya kerja

Banyaknya kerja.....

Apa ni kerja tak habis-habis bila nak stop semua ni....

Aduhhhhhhhhh bosanlah asyik kerja..kerja...kerja...

Syoknya kalau boleh rilex tanpa kerja.................

Sering kali kita berdepan dengan tekanan kerja yang tiada henti. Baru siap satu projek dah ada je projek baru. Kadang-kadang kerja pertama tak sempat siap lagi dah dapat kerja baru.. 
Isy3x bile boleh henti semua ini?

Bosan... malas... tak yah cakap la memang sangat-sangat menguasai diri. Sampai satu masa tu rasa best betul kalau dapat tidur sepanjang waktu atau pergi bercuti dan bebas dari dunia pekerjaan.


Kenapa kerja...kerja..kerja tak henti :)

                          SEBAB ALLAH NAK BAGI PAHALA TANPA HENTI BUAT KITA

Allah sebenarnya sangat sayangkan kita dan tidak mahu kita lalai dengan masa yang tersisa  tanpa dimanfaatkan dengan sebaiknya. Sebab tu Allah bagi kita kerja sentiasa.Diri kita pun akan terpelihara kerana semua masa diguna dengan baik utk siapkan kerja. Kalau tidak pasti masa free kita akan terbuang dengan perkara yang tidak berfaedah..

Oleh itu ikhlaskan hati dengan tugasan kerana Allah sayang kita dan Allah mahu kita membuat amal sebanyak-banyaknya.  
MASA SIBUK LEBIH MENDIDIK KITAMENGHARGAI DAN MENGGUNAKAN MASA YANG MASIH TERSISA UTK KITA


No comments: