August 08, 2012

SALAM RAMADHAN


Salam Ramadhan Kareem untuk semua muslimin dan muslimat....

Entry pertama yang cuba dicoret selepas beberapa ketika menyepi. Terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam diri membuatkan blog ini semakin sepi tanpa entry. 

Pertama, sekali alhamdulillah status diri telah bertukar daripada cik kepada puan :) ... Bersyukur sangat-sangat segala yang dirancang selama hampir setahun berjaya dilaksanakan dan disempurnakan dengan baik.

Dirimu anugerah terindah buatku...

                           Muhammad Firdaus Bin Ismail, sebuah nama yang telah tercatat di Luh Mahfus sebagai suamiku di dunia dan insya'Allah hanya dirimu jua yang ku dambakan di syurga firdaus nanti. Tiada pernah dijangka bahawa sebuah  ikatan suci akan  tercipta untuk kita dan akhirnya dengan lafaz bismillah diri ini sah menjadi milikmu... Tanggal 27 April 2012 di Masjid Tengku Sulaiman menjadi saksi terpatrikan Lafaz Sakinah meniti di bibirmu mengiktiraf diriku sebagai suri di hatimu. Abang, menyintaimu suatu kewajipan yang penuh pengertian.....

Kedua, alhamdulillah masih berkesempatan untuk menyambut ramadhan pada tahun. Selamat menunaikan ibadah semua. Sedih ramadhan kali ini sebab berjauhan dari suami, emak dan keluarga yang disayangi...

No comments: