Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
“Wahai anak-anak muda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu membendung pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, sebab yang demikian itu akan menahan nafsu.”
Sejak akhir-akhir bila buka jea fb ramai sahabt yang telah pun selamat melangsungkan walimah. Alhamdulillah..“Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma,Wa jamaah baina kuma fee khair. Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma,Wa jamaah baina kuma fii khair”
Tu sahabat yang sudah berkahwin tapi yang menjadi isunya semakin ramai juga yang bercouple dengan bangganya tayang aksi romantik kat Fb. Apa matlamat antum memaparkan adegan tersebut? Bila dh tayang, ada pula yang komen “jealous tengok korang” “ahaaaaaa bestnyaaa...jeles,nk jugakkk..haha ♥”. Apa antum rasa ek bile mendapat komen cmni? Seronok, bangga, puas, atau apa sebenarnya yang antum rase...Antum yg tgok plak, tak rase ke perbuatan tu hanya mengundang dosa atau antum hanya nampak keindahan palsu yang dipengaruhi nafsu??
Semakin hari semakin cnfius dgn tindak tanduk manusia. Yang buat tidak rase bersalah yang tengok tidak rasa ia salah. Berasa tenang dlm melakukan kemaksiatan tanpa rase bersalah mempengaruhi insan lain untuk bersama antum dlm kemurkaan Allah.
Ingt kata-kata seorg sahabat usah menghirup manisnya madu sebelum tiba saat mekarnya. Kemanisan dan keberkatan dlm rumah tangga akn pudar andai perhubungan tdk dijaga sejak awal perkenalan. Memang bkn mudah utk menjaga ttp tidak bermakna dgn kesusahan yg sedikit tu membuatkan kita tdk mencuba lgsg...Biar sukar di awalnnya demi senang di akhirnya.
Ya Allah, peliharalah kami agar tidak tersasar dr landasan syariatMu.Bimbinglah kami agar masih mampu mengikuti segala perintahMu.Tetapkan hati kami dalam mencari keredhaanMu dan segalanya pengharapan hanya disandarkan kepadaMu Rabb...
No comments:
Post a Comment