dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir . ( surah ar-rum ayat 21)
Maksud perkahwinan :
Akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.
Hikmah perkahwinan : -
- Melambangkan kekuasaan Allah
- Memberi ketenangan hati
- Memberikan nikmat kasih dan sayang
-
Ciri-ciri mencari pasangan harus berlandaskan hadis Nabi S.A.W :-
- melihat kepada hartanya
- melihat kepada rupa paras
- melihat kepada keturunannya
- melihat kepada agamanya.
Sesungguhnya pilihlah kerana agamanya berbanding yang lain. Apabila pasangan memahami agama maka pasangan akan nampak tanggungjawab yang dipikul di dalam ikatan perkahwinan.
Antara persediaan sebelum perkahwinan :
- ILMU : Kurangnya ilmu maka tidak akan faham tanggungjawab
- KEWANGAN : untuk melihat kemampuan memikul amanah
- RESTU ibu bapa : untuk keberkatan
Buku INDAHNYA KAHWIN MUDA : merupakan buku yang disarankan untuk dibaca bagi yang bakal atau telah mendirikan rumahtangga. Harganya RM 18:00 dan mengandungi 8 bab. Bab pertamanya bertajuk : Tanya Diri Anda Sudahkah Bersedia Untuk Bernikah?....
" hidup rmhtangga tidak hanya wujud di atas hubngan romantis, perasaan cinta dan harapankan mendapatkan kasih sayang yg tulus dan murni dari pasangn idup. tetapi sebuah perjuangan utk menghadapi realiti kehidupan suatu pengabdian utk memikul beban dan tanggungjawab agama dan bentuk jihad utk mempertahankan keutuhan rmtangga secara bersama2" - SYAWANA AZIZ
Perkongsian dari rancangan USRAH Tv 9
No comments:
Post a Comment