January 15, 2011

Nasihat buat muslimah


Kali ini ana ingin berkongsi surat yang ana terima dari seorang insan bergelar umi. Tiada lain sekadar perkongsian bersama agar bermanfaat dan diamalkan bersama dalam mencari keberkatan Illahi..

Wa'alaikumussalam wbt, anak umi yang bertaqwa kepada Allah swt, semoga sentiasa dibimbing oleh Allah swt untuk beramal dengan amalan ahli syurga.

Ank umi, jodoh pertemuan merupakan salah satu bentuk rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah swt ketika 120 hari janin membesar di dalam rahim ibu iaitu ketika Allah mengutuskan padanya malaikat untuk ditiupkan roh dan ditetapkan 4 kalimat kepadanya iaitu rezekinya, umurnya, amalnya dan celaka atau bahagianya- rujuk hadith 4 dari buku Terjemahan dan syarah hadith 40, Imam nawawi @ Mustafa Abd. Rahman @ Jami'ulum Wal Hikam (Himpunan Ilmu dan Hikmah).

Justeru itu, kita tidak perlu mencari apatah lagi dengan cara yang bertentangan dengan syariat Allah swt yang hukumnya HARAM di sisi Allah swt seperti :
1. Pandang memandang,(dalil larangan dalam surah An-nuur 30-31
2. melayan si jejaka di telefon
3. berusaha mencari perhatian lelaki dengan bertabarruj(berhias cara jahiliyyah), suara manja dan sebagainya.

Strategi dan pelan tindak yang HALAL di sisi Allah swt untuk anakanda lakukan bagi memilih suami yang soleh untuk keberkatan ALlah swt agar bahagia di dunia dan akhirat ialah :

1. Sediakan diri dengan pertingkatkan keimanan dan keyakinan bahawa semua ini susunan Allah swt kerana Dia telah merancang dan akan memberi yang suami soleh yang terbaik di sisiNya untuk anakanda. InsyaAllah anakanda akan terhindar daripada terjebak kepada perkara yang haram atau dilarang Allah swt.

2. Hafalkan doa surah Furqan ayat 74 - semasa doa minta Allah sampaikan kepada bakal suami soleh yang Allah dah catit dalam buku lauh Mahfuz anakanda, tapi kita belum tahu lagi agar dia pun rasa sakinah dan melakukan yang sama, surah Ibrahim ayat 40, surah Ali Imran ayat 38 - bayangkan anak2 yang bakal Allah anugerahkan kepada anakanda dan bakal suami agar mereka sentiasa solat dan berbuat baik.

3. Tanggungjawab asal mencarikan jodoh untuk anak2 ialah ibubapa- hadith Nabi saw. Neraca pertimbangan ciri-ciri calon suami adalah agama dan akhlaqnya. 'Apabila datang kepada kamu seseorang yang kamu berpuas hati di sudut agama dan akhlaqnya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengan segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya berbangkit fitnah di mukabumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti' Hadith riwayat Abu Hurairah. Sekiranya keluarga tidak mampu untuk berbuat demikian, sekiranya anakanda berada dalam organisasi Islam yang ada unit 'Baitul Muslim' - boleh menjadi pengantara permulaan untuk membantu proses mencari dan mempertemukan jodoh anakanda - perkenalkan calon, solat istikharah, buat keputusan menerima atau menolak, jika bersetuju maka pihak baitul muslim akan meneruskan proses 'ta'aruf- berkenalan dengan kehadiran orang tengah yang telah berumahtangga, setelah kedua2 pihak bersetuju untuk mendirikan rumahtangga dengan kebenaran keluarga, pihak unit baitul muslim akan menyerahkan proses teknikal kepada keluarga masing2.

4. Perkara asas yang perlu ada dalam diri anakanda ialah, semua yang berlaku adalah susunan Allah swt. Kita sebagai manusia makhluq Allah swt hanya mampu berdoa, berusaha, dan akhirnya bertawakkal kepada Allah swt. Keputusan adalah haqNya. Apapun, yang penting pergantungan kita 100% pada Allah swt bukan pada manusia- walaupun ibubapa kita, unit baitul Muslim dan sebagainya.

5. Firman Allah dalam surah At-Tahrim : ayat 8. Banyakkan bertaubat terhadap kesalahan dulu jika ada, semoga Allah tutupkan kesalahan anakanda yang lalu, kerana Allah swt hendak memberi anakanda suami yang soleh.

Perkara terakhir, sentiasa mempersiapkan diri yang terbaik, InsyaAllah bila sudah sampai masanya Allah akan pertemukan jodoh anakanda dengan hamba yang bergelar suami soleh yang paling baik Allah swt pilihkan untuk anakanda untuk kebahagiaan anakanda dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Akhir kalam, maassalamah.

No comments: