January 15, 2011

BEDAH BUKU : DENYUT KASIH MEDIK




Novel denyut kasih medik merupakan karya pertama Dr. Farhan Hadi. Terbitan Telaga Biru. Kisah yang dipaparkan dalam karya ini sungguh bermanfaat dan penuh dengan pelbagai ilmu yang amat sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja. Penekanan kepada aspek fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta.

Pendekatannya yang digunakan dalam penyampaikan mesej-mesej dakwah amat mudah. Biarpun kerjaya beliau sebagai seorang doctor perubatan tidak membataskan dirinya daripada terlibat dengan kegiatan dakwah. Malahan, gaya penyampaian dalam menegakkan syariat di bawah payung hospital sungguh halus dan mudah difahami.

Di dalam novel ini diperjelaskan dengan terperinci berkaitan isu-isu yang biasa berlaku di hospital dalam bentuk info. Antaranya berkaitan info berkhatan anak perempuan, info haid dan istihadah, info tip usaha mencari jodoh bagi kaum wanita, info mahar dan banyak lagi. Segala info diperjelaskan dengan ringkas dan mudah difahami.

Selain itu, watak Dr. Muslih dan Qani’ah memaparkan gaya hidup seorang muslim yang baik dan harus dicontohi. Walaupun mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum berkahwin namun, keberkatan hubungan yang dijaga antara mereka berdua membuahkan keindahan di alam rumah tangga.

Kepada sesiapa yang belum membaca novel ini bolehlah mendapatkannya di pasaran dengan harga semurah RM 23.00…selamat membaca untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi. Terutamanya yang sudah membaca karya novelis islamik Fatimah Syarha kerana novel ini adalah novel karya suami beliau.

No comments: