
14 Februari suatu tarikh yang sering dinantikan oleh semua pasangan kekasih untuk meraikan ikatan percintaan yang dijalinkan. Persiapan dan persediaan menyambutnya sungguh ditunggu-tunggu bagaikan suatu yang amat bernilai harganya. Masing-masing inginkan sesuatu yang indah tercipta pada hari yang dikenali sebagai valentine day. Bahagianya mereka....
Kebahagian dunia yang dikejar hingga lupa ia bersifat sementara. Gelodak jiwa remaja mana yang tidak impikan dicintai dan disayangi?? Bukan sahaja remaja malahan semua insan ingin milikinya. Betul tak? Dalam Teori Reality in Counseling ada menekankan keperluan love in belonging. Ia sememangnya suatu keperluan dan fitrah manusia. Hadith juga ada " tidak sempurna iman kamu sehingga kalu mengasihi saudaramu seperti mana kamu menyayangi diri kamu sendiri".
Cinta itu fitrah. Saling menyayangi itu suatu keperluan. Maka, tidak salah lah kami bercinta kerana kami saling mencintai dan mengasihi. Patut pun kami meraikan hari kekasih kerana kami memang couple dan sepasang kekasih. Kalau kami tidak raikan dan tunjukkan bagaimana kami nak buktikan kasih dan cinta kami? Cara kami tidak salah malah hadith sendiri yang menuntut kita saling berkasihan. ( pandai sungguh kamu berkata-kata )
Fikirkan persoalan di bawah ini khas buatmu yang ana kasihi kerana Allah:
* Adakah hanya 14 februari hari kekasih bagi kamu dan hari-hari lain sunyi dari berkasih-kasihan? Kalau benar, maknanya untuk berkasihan terkongkong la kerana hanya suatu hari sedangkan hari-hari lain sunyi darinya.
* Adakah kasih sayang dan cinta itu hanya dapat dibuktikan dengan meraikan hari kekasih dan bercouple? kalau benar, macam mana dengan kasih sayang dan cinta kita terhadap ibu kita?.ooooo, kita rai hari ibu kan. kalau cinta dan sayang ayah kita raikan hari bapa. Cume terdetik di hati cinta kan Allah buktinya macam mana pula.Adakah dengan melanggar syariatNYa itu membuktikan kita cintakan NYa??
* Adakah keperluan love in belonging itu khas hanya untuk insan bergelar kekasih / pakwe/ makwe/ gf/ bf ??? habis tu tak terlaksanake keperluan tersebut tanpa ada seorang yang bergelar kekasih / pakwe/ makwe/ gf/ bf?? Mungkin ada sedikit kekosongan je kan...
BUAT SEMUA HENTIKAN BERPAKSIKAN BARAT DAN KEMBALILAH KEPADA CARA HIDUP ISLAM
No comments:
Post a Comment