February 10, 2010

SelaMI HaTiKu


PROLOG

Zaman kejahilan berlalu pergi,
Menjadi memori dilubuk hati…

Kehidupanku kini amat berbeza dari zaman remaja dan kanak-kanak yang aku lalui. Era kejahilanku semakin aku tinggalkan demi meraih sebuah impian. Biarpun diawalnya pelbagai cabaran terpaksa aku tempuhi untuk mencapai ketahap ini. aku akui perjalananku masih jauh lagi. Bergelar seorang mahasiswa satu kenikmatan yang tidak dapat diungkapkan. Kesibukan dengan tugasan dan program membuatkan masaku sentiasa terisi dengan perkara yang bermanfaat. Kadang-kala aku sendiri cemburu melihat teman-teman yang mempunyai masa untuk bersukaria di hujung minggu sedangkan aku tidak pernah dapat peluang sebegitu.
Aku ingin merebut segala peluang di kampus ini untuk mencari pengalaman. Berbekalkan pengalaman itu nanti aku harap boleh dijadikan nilai tambah buat diriku yang bakal bergelar kaunselor. Penglibatan dalam kolej amat penting buat diriku sebagai persediaan untuk aku mengendalikan program di sekolah kelak. Aku amat bersyukur kerana peluang untukku menyertai program-program yang dianjurkan sentiasa terbuka luas.
Sahabat-sahabat disekelilingku juga amat menyenangkan hatiku. mengenali mereka satu anugerah yang tiada bandingan buat diriku. Mereka banyak membantu aku untuk menjadi wanita muslimah sejati.

akan bersambung...

1 comment:

...Nur Insan..... said...

smga trus gemilng(",)v...