Salam Ramadhan Kareem untuk semua muslimin dan muslimat....
Entry pertama yang cuba dicoret selepas beberapa ketika menyepi.
Terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam diri membuatkan blog ini semakin
sepi tanpa entry.
Pertama, sekali alhamdulillah status diri telah bertukar daripada
cik kepada puan :) ... Bersyukur sangat-sangat segala yang dirancang selama hampir
setahun berjaya dilaksanakan dan disempurnakan dengan baik.
Dirimu anugerah
terindah buatku...
Muhammad Firdaus Bin Ismail, sebuah
nama yang telah tercatat di Luh Mahfus sebagai suamiku di dunia dan insya'Allah
hanya dirimu jua yang ku dambakan di syurga firdaus nanti. Tiada pernah dijangka
bahawa sebuah ikatan suci akan tercipta untuk kita dan akhirnya
dengan lafaz bismillah diri ini sah menjadi milikmu... Tanggal 27 April 2012 di Masjid
Tengku Sulaiman menjadi saksi terpatrikan Lafaz Sakinah meniti di bibirmu
mengiktiraf diriku sebagai suri di hatimu. Abang, menyintaimu suatu kewajipan
yang penuh pengertian.....
Kedua, alhamdulillah masih berkesempatan untuk menyambut ramadhan
pada tahun. Selamat menunaikan ibadah semua. Sedih ramadhan kali ini sebab
berjauhan dari suami, emak dan keluarga yang disayangi...
No comments:
Post a Comment