December 21, 2011

Prasangka


Salah faham mudah tercetus. Lebih-lebih lagi dalam diri kita telah tersimpan bermacam-macam persepsi atau stem-stem lalu yang mempunyai perkaitan dengan hal tersebut. Kadang-kala sesuatu perkara itu kebetulan je tapi bila kebetulan-kebetulan yang nampak macam sengaja ditimbulkan membuatkan kita mentafsir ia adalah seperti apa yang kita fikirkan. So berhati-hati kerana mentafsir hati sendiri juga ada kalanya tersilap inikan pula nak menduga hati yang lain.

Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani). Surah al Hujurat ayat 12

No comments: