November 28, 2011

TALIAN HAYAT BUAT PASANGAN OLEH DR. HAR



NOTA 1 – ikhlaskan niatmu mnjadi teman hidup pasanganmu. Ketetapan ALLAH memilih yang seorang ini buatmu, dari berjuta lelaki di dunia. Pasti ada hikmah yang tersirat dan tersurat. Ayuh, kita selongkar rahsia Allah itu dalam hidup seharian bersama, pasti di situ kau kan temui bahagia..

NOTA 2 – pertahankan ikatan pernikahan yang dibuat atas nama Allah yang Maha Agung. Hanya dgn nama-Nyalah, apa yang asalnya haram antara engkau dan si dia, menjadi halal dan dibolehkan. Genggam erat ukhwah yang terjalin – penuh pasrah dan tawakal

NOTA 3 – pandu arah kehidupan bersama ini semata2 untuk mencari redha ALLAH. Saling bantu membantu dalam usaha kebaikan dan takwa. Kumpulkan sebanyak mungkin bekalan. Moga tika kita terpaksa berlutut di depan Allah sendiri-sendiri, amal bakti yang kita kutip bersama mampu meraih belas ehsan Allah buat kita sekeluarga.

NOTA 4 – fahamilah erti sebenar taat kepada suami yang disarankan agama. Ketaatan itu bukanya menurut semua perintah suami tanpa usul periksa. Demi hubungan yang harmoni dan sejahtera, elok benar kalau si isteri yang mengalah di saat kita mampu menunjuk lagak menyombongkan diri terhadap suami. Merendah diri bukan untuk dipijak-pijak. Sekadar menunujuk akhlak terpuji, agar tenang hati suami. Rugikah kita para isteri kalau kita taat secara rela diri?

NOTA 5 – selitkan doa setiap masa, moga ALLAH swt mencampakkan hidayah-Nya ke dalan hati suami kita. Moga lebih cinta dia kepada iman, takwa dan ihsan. Moga dia terus gigih mencontohi suami teragung, Muhammad SAW. Mudah-mudahan jua, bersama kita meniti kehidupan dalam redha dan kasih saying Allah setiap masa dan ketika.

NOTA 6 – hargailah setiap usaha, kasih sayang, saran hidup dan pemberian suamimu, insan kerdil yang begitu gigih cuba melaksanakan amanat berat di bahunya. Hentikan cemuhan, kritikan, sindiran dan perli dalam setiap ayat yang ditujukan untunya. Gantikan dengan kata semangat dan keyakinan yang mampu mendorongnya menjadi suami yang lebih menyerlah, InsyaALLAH.

NOTA 7 – didiklah hati agar menyanyangi wanita yang melahirkan suamimu, kenanglah jasanya mendidik anak lelakinya menjadi pasangan yang mengasihimu kini. Jangan sekali jadi musuh @ saingannya, sekalipun itu mungkin tanggapan ibu mertua terhadapmu. Yakinkan hatinya, bahawa engkau bukan perampas kasih anaknya, jika dia sudi memberi peluang tersebut kepadamu.

NOTA 8 – belajarlah untuk ikhlas dalam memberi kasih sayang dan cinta untuk suamimu. Seringkali ada sahaja niat dan sebab musabab lain semasa kita melafazkan ikrar kasih. Jika benar ikhlas, engkau tak kan mudah kecewa jika sesekali seperti cintamu tidak berbalas, penat lelahmu tidak dihargai. Keikhlasanmu kan jadi daya penarik yang kuat mengikat hati suamimu kepadamu.

NOTA 9 – serlahkan bakat dan potensimu, gunakan kecerdasan dan keupayaanmu untuk memberi manfaat kepada orang lain. Perihatin kepada keperitan hdup masyarakat diluar sana, bantulah semampu boleh. Jadilah manusia yang banyak jasanya –

NOTA 10 – Bijaklah mengurus masa, modal anugerah ALLAH kepada kita semua. Senaraikan keutamaan dan tumpukan usaha mendahulukan mana yang sepatutnya dibereskan dahulu. Dapatkan bantuan suami dan anak2 untuk menyelesaikan tugasan. Jangan bebankan dirimu cuba untuk menjadi ‘wanita luar biasa’ –suamimu Cuma inginkan seorang isteri solehah yang bijaksana.

NOTA 11 – beranikan dirimu untuk mempercayai kejujuran suami dalam melayari bahtera ini bersama. Sesungguhnya, kepercayaan ibarat setitis air yang diperlukan oleh rimbun untuk kekal menghijau. Tanpanya, ia akan layu kekuningan. Namun, suami mu perlu juga diperingatkan – agar cermat menjaga kepercayaan itu ibarat kaca yang mudah retak dan calar. Sekali tercalar, mungkin selamanya terluka..

NOTA 12 – imbangilah kebergantunganmu kepada suami dengan kepercayaan untuk berdiri di atas kaki sendiri. Pasrahmu yang total hanyalah kepada ALLAH. Saling bergantung perlu memerlukan adalah perencah kenikmatan bersama. Jikalau masih sendiri-sendiri, apalah erti hidup sebumbung. Sementara dia masih di sisi, kita serahkan kemudi bahtera di tangan suami. Namun jika dia harus pergi, kita akan mampu memikul amanah yang ada, insyaALLAH.

Catatan diri : Syukran ukhti share pengisian ini. Semoga Allah memberkatimu

No comments: