Ingin membawa sebuah kisah untuk direnung bersama. Peristiwa ini telah menimpa seorang Imam terkemuka di Arab Saudi atau Mesir ( maaf kurang pasti nama imam tu dan demi menjaga aibnya maka ustaz yg sampaikan kisah ini merahsiakan namanya). Bila orang sebut Imam Besar ini pastilah kita membayangkan bahawa dirinya hidup dalam suasana biah solehah dan keluarga yang hanya mendambarkan mardhatillah. Namun ujian Allah itu tetap datang seperti di dalam firmannya
Firman Allah swt: Patutkah Manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-'Ankabuut 2,3)
Imam ini juga manusia biasa dan turut diuji oleh Allah. Allah mengujinya dengan dikurniakan seorang anak perempuan. Anaknya nyata sekali berbeza sifat dan tindakannya seumpama bukan anak seorang Imam besar dari sana. Anak itu bukan sahaja seksi malah perlakuannya amat memalukan. Seluruh masyarakat mengutuk dan menghadiahkan jutaan kata-kata kurang enak buat Imam tersebut. Imam itu berasa sangat terpukul dan malu dengan apa yang berlaku. Namun semua usaha yang dilakukan tidak berjaya. Hingga suatu hari Imam ini diberi petunjuk. Kalimah “Alhamdulillah”..Alhamdulillah ...Alhamdulillah...kalimah ini menjadi zikirnya dan dia menanamkan dalam dirinya rasa bersyukur dengan setingginya kepada Allah di atas anugerah yang satu ini (anak perempuan tersebut). Selama ini dia tidak pernah rasa bersyukur dan sering pertikaikan sikap anaknya itu hingga lupa perlunya dia bersyukur. Dengan adanya anak itu dia menjadi lebih kuat dan berdiri lebih teguh perjuangkan dakwahnya biarpun anaknya gagal dibentuk. Berkat kesabaran dan kesyukuranya Allah itu tidak menghampakan. Anak itu berubah juga...
Moralnya : bersyukurlah dan lafazkanlah rasa kesyukuran itu biar pun adakalanya kita merasakan sst pemberian itu tidak ada nilainya. Tapi adakah kita tau di mana berkatnya sst itu. Adakah pada awalnya kite menerima sst pemberiaan atau semasa kita memanfaatkan pemberian atau boleh jadi di saat akhir kewujudan pemberiann itu pada kita. Semua itu rahsia Allah. Maka rasakanlah dan nikmatilah sst dengan bersyukur tanda terima kasih.
No comments:
Post a Comment