October 26, 2011

Forum Syurga Cinta

Forum Syurga Cinta

Alhamdulillah berkesempatan join salah satu slot dalam program Karnival Ilmu Anak Muda (KAMU) iaitu Forum Syurga Cinta. Forum ini menampilkan moderator IM Asyraf dan ahli panelnya Prof Madya Dr. Muhaya dan Ustaz Zaharudin. Tak sangka last week dapat jumpa IM Hisbur, tiba-tiba this week jumpa Im Asyraf plak. Erm, IM Nuri bila la boleh jumpa pada hal dekat je…Ok, actly entry kali ini nak share la sedikit pengisian yang dapat masa forum hari tu. Ini jelah point-point yang sempat dicatit sepanjang pengisian berlangsung.

- Kecenderungan fitrah manusia :

Kebiasaannya manusia akan mudah tertarik pada insan yang sama fikrahnya. Di mana lelaki yang baik akan cenderung untuk memilih dan tertarik pada wanita yang solehah begitulah sebaliknya. Hal ini bertepatan dengan firman Allah,Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26).


Namun demikian jangan khuatir jika diri belum sempurna menjadi soleh/ah sekarang tetapi masih memiliki sekeping hati mendambarkan si soleh/ah. Apa yang penting lakukan perubahan diri supaya yang didambarkan layak untuk kita. Melakukan perubahan diri untuk menjadi yang terbaik adalah lebih mudah dari sekadar menanti yang terbaik untuk kita miliki.


Tapi jika kita dah berubah jadi soleh/ah tiba-tiba dikurniakan pasangan yang tak seperti kita camne? Positifkan diri ingat itu adalah ujian dari Allah buat kita.


- Ok ke kahwin awal

kebahagiaan tidak terletak pada awal atau lambat perkahwinan sebaliknya ia bergantung pada individu. Kalau telah bertemu pasangan yang sesuai awal, maka digalakkan awal untuk elak daripada maksiat. Cumanya soal perkahwinan perlu dilihat dari aspek condisi diri individu tersebut.

Bagi mahasiswa agak sukar mendapat pelepasan kahwin awal maka dicadangkan :

· Tunjukkan persediaan pada ibu bapa.

Persediaan diri ini termasuklah maintain kan resutl dan perform dalam study serta matang dalam tindakan. Ibadat juga kena konsisten. Hal ini disebabkan dengan persediaan diri yang baik akan dapat menyakinkan ibu bapa bahawa anda bersedia memikul amanah baru.


· Cakap dari hati ke hati

Bercakap dari hati ke hati dengan ibu bapa agar mereka mendengar dan boleh memahami apa yang dirasai oleh anda. Tiada ibu bapa yang tidak mahu anaknya bahagia. Cuma kena pandailah slow talk.



· Doa ringankan jodoh

Jangan lupa pohon pada Allah diringankan jodoh. Boleh juga diamalkan after solat dalam keadaan masih berwuduk di atas sejadah, bayangkan bahawa anda di hari pernikahan dengan berpakaian pengantin. Sambil berdoa jodoh dipermudahkan. Menurut Dr. Muhaya ‘mental main movie’ ini mampu menjadikan fantasi kepada realiti dan membuatkan diri akan lebih bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga.

- Nikah gantung

Menurut Ustaz Zaharuddin dalam Islam takde istilah tersebut. Jika tidak mampu membuat walimah yang grand buatlah secara sederhana mengikut kemampuan. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya ‘Buatlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing”. Apabila buat walimah ada tiga individu yang mesti diundang iaitu kaum keluarga, jiran tertangga dan sahabat. Tujuannya untuk mengelak fitnah.


- Boleh tak muslimat mulakan langkah?

Dibenarkan malahan Khadijah sebagai contohnya. Tiada istilah perigi mencari timba. Cuma digalakan wanita tersebut menyampaikan hasrat melalui orang tengah.


- Istiharah: kita mimpi dia sedangkan dia tidak. Macam mana itu?

Boleh jadi benar dia itu terbaik buat kita sebab itu Allah datangkan dia dalam mimpi istiharah kita. Sebaliknya kita belum pasti terbaik buat dia. Sebab itu dalam membuat istiharah tidak boleh lupa membuat istisyarah (perbincangan dengan ahli keluarga). Kecenderungan pandangan ahli keluarga masih lagi dianggap istiharah.

- Persiapan sebelum kahwin

Persiapan diri, harus diingati bahawa kematangan sangat penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Emosi dan persepsi tentang perkahwinan sebagai kemuncak percintaan adalah suatu kesilapan. Sebaliknya perkahwinan adalah titik permulaan pelayaran sebuah bahtera percintaan. Perkahwinan tidak hanya bergantung pada ikatan emosi semata-mata sebaliknya bergantung pada Allah. Jika kita mengharap kasih sayang Allah, pasti kasih sayang makhluk juga kita peroleh. Tapi jika hanya mendambar kasih sayang makhluk belum pasti kasih sayang Allah kita miliki dan kasih sayang makhluk itu mutlak kita perolehi. Aspek kebersihan diri perlu dilihat dan dijaga terutamanya kaum hawa.


Prasarana, dalam melangsungkan perkahwinan ambil sikap fokus kepada pandangan Allah yang melihat majlis kita bukan pandangan masyarakat yang bakal hadir dalam majlis kita. Tujuannya supaya keberatan terpelihara.


- Penghayatan Ilmu

Walaupun telah banyak menuntut ilmu tetapi masih gagal mungkin kesilapan kerana kurang penghayatan. Dalam rumah tangga biarpun telah banyak ilmu mengenainya ditimba tetapi belum pasti rumah tangga dibina bahagia jika tidak ada penghayatan ilmu.

Menurut Ibnu Qayyim “ jika rasa madu tidak rasa manisnya seperti madu maka tak kan kita salahkan madu tetapi pasti lidah itu yang gagal merasai kemanisan madu tersebut’

Ujian di alam perkahwinan tidak sama ujian ketika di alam persendirian.

- Jodoh Lambat

Setiap orang ada jodoh masing-masing. Ada lambat dan cepat tetapi yang penting kena berusaha. Antara yang dicadangkan:

voice management : Mainkan suara hati anda bahawa anda ingin berumahtangga. Boleh dilakukan dengan menulis di atas sebuah kertas impian anda itu. Sambil berdoa banyangkan impian anda sedang terealisasi. Selalulah berkata-kata bahawa anda sememangnya berkeinginan membina rumahtangga.

Bersangka baik dengan Allah : sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam apa juga keadaan bagi dipermudahkan segala urusan.


- 4 perkara wanita perlu jaga pada suaminya

Mata :

Normal lelaki suka melihat wanita yang cantik. Maka para isteri perlu sentiasa cantik di mata suami. Vitamin perlu diambil bagi menjaga kesihatan

Teliga:

Sentiasa ungkapkan kalimah-kalimah yang baik untuk pendengaran suami.

Hidung:

Jaga kebersihan diri terutamanya mulut dan tubuh.

Hati:

Hatinya perlu dijaga akan cenderung kepada perkara makruf.

- kehidupan manusia perlu di designkan dalam diri dan menggunakan gps masing-masing untuk merealisasikan design yang telah dicipta.

- Cerminan dalaman akan terzahir dari luaran. Oleh itu jagalah dalaman dan sentiasa positifkan minda.

Catatan diri : Seronok masa gi Stadium Malawati ini. Kebanyakan tetamu yang hadir memang dah dijangka geng-geng soleh/ah tambahan pula salah satu penganjurnya GAMIS so pasti budak-budak GAMIS ramai yang datang. Tenang je rasa diri bila berada dalam kalangan insan-insan yang soleh/ah. Sepanjang slot ini pelbagai persoalan yang diajukan daripada penonton dan ahli panel hanya bertindak menjawab persoalan tersebut. Apa yang menariknya kedua-dua ahli panel adalah insan yang kahwin awal iaitu berkahwin di usia 22 tahun dan masih menuntut ketika berumahtangga. Mereka sungguh menggalakkan la para pemuda berkahwin awal seperti sabda nabi “Wahai para pemuda ! Barangsiapa diantara kalian berkemampuan untuk berkahwin, maka nikahlah, kerana nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), kerana shaum itu dapat membentengi dirinya”. (Hadith Sahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi)

Sampaikan ada penonton itu ketika bertanya soalan dengan jujurnya mengakui teruja untuk berkahwin awal sehingga inginkan berkahwinan diusia muda menjadi budaya dalam usaha membendung budaya couple. Huh, dasyat betul aura ahli panel.

Balik dari stadium mak beli pula majalah Anis ( majalah kegemaran mak) terbaru kebetulan membawa isu cepat-cepatlah kahwinkan. Wah...ini memang menggalakkan sungguh untuk kahwin cepat ini huhu...Buat insan yang masih menjadi rahsia Allah Taala, bila agaknya masa ‘itu’ tiba buat kita??? JJJJJ

No comments: