Takdir kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang,
Memberi apa yang tidak dirancang,
Memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan.
Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan
Menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan,
Menghadiahi kite kemanisan dalam kegembiraan,
Menyemai benih-benih keakraban,
serta memberi peluang kepada kite menilai semula
siapa sahabat siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam sebuah episod kehidupan...
Mewarnai sebuah perjalanan dan pengembaraan…
Catatan : Syukran padaMU ya Allah di ats semua pertemuan dan perpisahan yang telah mewarnai sebuah perjalanan hidupku…Maafkan diriku atas semua kekhilafan ketika bersamamu teman,sahabat dan sesiapa-sesiapa jea yg pernah bertemu denganku. Kerana diri ini tidak miskin dr kesilapan…
No comments:
Post a Comment