- Antara hak-hak seorang isteri :
- Aspek Pakaian
· Suami perlu memberi pakaian baru kpd isteri sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
- Aspek Tempat Tinggal
· Suami perlu menyediakan tempat tinggal yang baik dan selesa untuk isteri
- Aspek Pembantu Rumah
· Suami perlu menyediakan sekurang-kurangnya seorang pembantu rumah untuk isteri. Walau bagaimanapun ia mengikut keperluan dan kemampuan.
- Namun demikian mengikut fiqh suami seakan-akan berhutang sekiranya gagal menyediakan hak-hak isteri dan perlu memohon kepada isteri untuk menghalalkannya.
- Dalam soal nafkah perlu imbang antara keperluan isteri dengan kemampuan suami.
- Situasi : Sekiranya isteri bekerja adakah wajar suami tidak memberi nafkah?
Jawapan : Isteri bekerja tidak akan menggugurkan tanggungjawab suami untuk memberi nafkah kepada isteri. Hal ini disebabkan tjwb tersebut tetap wajib ke atas suami. Sekiranya suami tidak mahu bagi ia perlu mendapatkan persetujuan dari isteri dan isteri tersebut meredhai hal itu. Jika isteri tidak redha maka tetap kena bagi juga.
- Hikmah suami memberi nafkah kpd isteri :
o Menggembirakan hati isteri dan setiap kali isteri menerimanya akan bertambah rasa izzah di mata isteri terhadap suaminya.
o Akan hilang rasa hormat isteri terhadap suaminya sekiranya suami sentiasa mengabaikan nafkah tersebut.
Sabda Nabi S.A.W “ yang terbaik antara kamu adalah yang terbaik kepada keluarganya”
- Situasi : Suami kedekut dengan isteri. Suami yang memiliki harta yang banyak tetapi kedekut pada isteri.
Merujuk kepada hadis : “ tidak dari kalangan umatku yang Allah meluaskan rezekiya tetapi kedekut”
Hadis yang lain pula ada menyebut “sekiranya 1 dinar digunakan untuk berjihad, 1 dinar digunakan untuk membebaskan hamba, 1 dinar digunakan untuk membantu orang miskin dan 1 dinar lagi digunakan untuk ahli keluarga. Yang terbaik dan lebih besar ganjarannya di sisi Allah s.w.t adalah yang digunakan untuk ahli keluarga”
- Seorang suami hendaklah menjaga air muka isterinya dan tidak perlu sampai isteri menagih kepadanya untuk meminta keperluan yang sememangnya isteri perlukan. Namun begitu kemampuan suami juga harus dipertimbangkan.
- Sirah :
Ibnu Mas’ud memiliki seorang isteri yang sangat-sangat kaya. Namanya Zainab. Suatu hari Zainab ingin bersedekah harta-hartanya itu. Tetapi zainab tidak tahu kepada siapa yang paling layak menerima sedekah tersebut. Lalu Ibnu Mas’ud memberitahu kepada Zainab bahawa dirinya dan anak mereka yang paling layak menerima sedekah tersebut. Namun Zainab tidak yakin dengan saranan suaminya lantas pergi bertemu Rasulullah s.a.w. mendengar hal itu maka Nabi s.a.w bersabda “Benar kata Ibnu Mas’ud! Suami dan anakmu paling berhak menerima sedekahmu.”
Tidak jadi suatu kesalahan kepada seorang suami untuk menerima bantuan dan sedekah daripada isterinya. Malahan dia lebih layak menerimanya sedekah itu. Oleh itu, kepada isteri-isteri sekalian sebelum membantu insan lain bantulah suami terlebih dahulu.
* Nafkah yg di maksdkan dlm entry ini lbh menjurus kpd nafkah berbntuk kewangan
No comments:
Post a Comment