June 03, 2011

Pelajar yang diingati


Teringat para pelajar yang telah ku tinggalkan beberapa minggu yang lalu. Alhamdulillah kalian tidak pernah lupa menghubungi cikgu,....InsyaAllah cikgu amat menghargai kalian semua dan semoga ukhwah ini berkekalan...

Dalam jiwa-jiwa kalian masih ada secebis kekosongan yang cikgu nampak sepanjang kita bersama tidak kurang 14 minggu. Kalian perlukan pengisian rohani atau pendidikan jiwa yang boleh merawat kekosongan tersebut. Semoga masih ada insan-insan yang menyambung apa yang pernah kami lakukan buat kalian..

*********************************************************************************
Teringat mesej yang diterima pagi tadi datangnya dari seorang pelajar:

Pelajar : hai cikgu, watpe tu...
Cikgu : hai....tkde watpe, duk layan anak sedara ini. kamu watpe tu?
Pelajar: tkde wat pe
cikgu :biasa bangun jam brape?
pelajar: 8 pagi.
Cikgu: solat subuh jam brape ni?tak kan jam 8 kot
Pelajar:saya lupa nak bangun subuh.

Mudah sungguh dirinya memperkecilkan tanggungjawab yang Allah berikan. Semoga hidayah Allah sampai kepadanya...Ya Allah tugas mendidik semakin mencabar dalam usaha mentarbiyyah jiwa-jiwa yang amat dambakan seorang murabbi...
***********************************************************************************

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman : “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya”? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain”. (Riwayat At-Tarmizi)

No comments: