Ayat Manzil bagus diamalkan...Ia merupakan ayat penyembuhan beberapa penyakit zahir dan batin serta pelindung dari serangan sihir dan ilmu syaitan. Diminggu-minggu akhir praktikum berlaku suatu kejadian di luar jangkaan. Rakan serumah terkena rasuk. Dengan takdir Allah kami berkesempatan berkenalan dengan seorang ustaz yang arif dalam bidang perubatan Islam.
Menurut ustaz tersebut ayat manzil ini elok diamalkan bagi setiap orang sebagi pelindung dari sebarang gangguan makhluk halus. Sebaik-baiknya amalkan setiap kali selepas solat dan paling tidak sekali sehari. Orang yang ada gangguan di dalam badan pasti akan merasai beratnya hati untuk membaca ayat-ayat ini. Kesan selepas membaca ayat ini akan dirasai seperti debaran di hati, keluar angin seperti sedawa atau terasa sakit-sakit anggota badan. selamat beramal.
No comments:
Post a Comment