,
Warkah ini ku titipkan saat kerinduan yang bertandang dalam sanubari. Entah, mengapa sejak akhir-akhir ini terlalu banyak berita tentang dirimu dikhabarkan kepada ku.Aku tahu suatu masa dahulu kau seorang sahabat yang rapat denganku. Banyak kenangan suka duka yang telah kita coretkan bersama dan percayalah segalanya adalah kenangan yang terindah dalam catatan hidupku.
Allah menemukan kita dalam dua situasi yang berbeza. Tidak pernah terlintas kau akan menjadi sahabatku dalam pertemuan pertama itu. Namun, dengan izinNya, kita dipertemukan semula dalam situasi yang tidak dijangka. Akhirnya ukhwah bermatlamat telah kita ciptakan bersama.
Pahit dan manis sering berganti, dugaan dan cabaran sentiasa menghiasi ukhwah ini.Tapi percayalah tak pernah sekali aku menyesali. Malah,banyak yang kupelajari dirimu. Terima kasih sahabat atas teguran dan perkongsian yang pernah dikau titipkan buat diriku.
Sahabatku,
Apakah benar kini dirimu telah benar-benar berubah atau selama aku mengenali mu, kau sekadar berpura-pura di hadapan ku?...
Jarak dan waktu membuatkan kita jarang dapat bertemu. Halatuju dan matlamat kita tidak sehaluan seperti dahulu. Antara kita ada impian tersendiri dan kerana kepentingan-kepentingan itu akhirnya hubungan ini semakin jauh berlalu.
Namun, adakah benar kau tidak lagi seperti yang ku kenali dulu? walau aku tidak lagi di sisi mu tetapi insan-insan yang masih di sisi mu sering meniupkan khabar tentang dirimu kepada ku. Mereka menyaksikan perubahan drastik sikapmu. Kadang-kadang aku menafikan kerana aku juga mengenali mu tetapi bila mana terlalu banyak pemberita maka adakah ini suatu kepalsuan atau kebenaran???
Maafkan aku sahabat kerana aku tidak lagi daya untuk membantumu. Bukan aku membiarkan engkau terus terlena dalam hidupmu tetapi aku tahu kau tidak memerlukan aku lagi dalam hidupmu. Maafkan aku...
YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya…
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunkung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini…
--------------------------------------------------------------------------------
1 comment:
salam.. enti sudi2lh baca post diteratak ana ni^^
::BICARA PADAKU TENTANG NUR::
Post a Comment