Tanggal 31 ogos 2010 memberi seribu satu pengertian yang berbeza buat diriku sekeluarga. Pemergian ayahanda tercinta buat selama-lamanya pada tarikh keramat itu tepat pada jam 3.22 minit pagi.
Rentetan peristiwa sebelum pemergian ayahanda:
1st Ramadhan : Keadaan ayah seperti biasa cume sekadar semput sahaja. Ayah ada memberitahu bahawa giginya sakit.
2 ramadhan : Emak memberitahu bahawa ayah tidak berpuasa kerana Dr. meminta ayah untuk memakan ubat bagi membolehkan proses mencabut gigi dilakukan. Ayah perlu mencabut gigi supaya apabila selepas pembedahan yang bakal dijalankan pada 27 september 2010 nanti ayah tidak akan mengalami sebarang masalah gigi.
3 Ramadhan : Aku pulang ke kampung dan berbuka bersama-sama ayah. Tiada sebarang perubahan pada ayah semuanya seperti biasa sahaja.
5 Ramadhan : Kami membawa ayah pergi Darul Syifa' untuk mengubat perut ayah yang tidak selesa.
6 Ramadahan : Emak memaklumkan kepeda ku ayah masud wad malam td jam 2.00 pagi kerana perut kembung. Aku menelefon ayah, kata ayah " jangan risau ayah ok jer. Tak yah balik la. simpan duit."
8 Ramadhan : menurut emak ayah ok jer cume kena berehat di hospital. Kaki ayah bengkak. kemungkinan ayah ada masalah paru-paru atau hati.
9 Ramadhan : jam 5.30 pagi Abang Long ( abg ipar) call " ayah masuk wad Temerloh malam tadi". hati ini mulai resah dengan keadaan ayah. Dalam kekalutan sempat juga hadiri meeting jam 6.30 pagi dan membuat halaqah RPA serta meminta adik RPA mendoakan ayah.
Jam 7.00 malam Abang Long call lagi " Ayah koma sekarang ini, apa-apa tunggu makluman dari abang Long",
jam 10.15 malam menurut abang long" Ayah semakin berat ini, ayah dah semakin lemah, siap berkemas semua barang-barang nanti abang Long call lagi" Segala kelengkapan aku berkemas namun sempat menghadiri satu meeting RPA.
jam 11.30 malam, mak call " Ayah dah tenat sangat ini, balik esk. tolong gtau yang lain k, banyak berdoa dan sabar yer"
10 Ramadhan : jam 6.00 abang long, along dan angah sampai di kolej dan kami pulang selepas menjeput adikku di KHAR. Hampir jam 11.00 pagi kami tiba di hospital temerloh. Ya Allah dalam kekalutan ini Guard tidak benarkan kami masuk kerana bukan masa melawat. Insan-insan yg melawat ayah pula kat dalam tak nak turun untuk bergilir dengan kami. Akhirnya setelah merayu adikku seorang yg lepas untuk meminta juga pelawat ayah turut supaya kami anak-anaknya boleh bergilir-gilir masuk.Namun akhirnya, emak dan adikku mengalah dan turun. Selepas merayu pada Dr. akhirnya kami semua dibenarkan naik melawat ayah.
Saat melihat ayah, hanya air mata yang mampu mengalir, tiada kata mampu diluahkan. Lidah seakan kelu lidah menutur biacara. Ya Allah, pemudahkan urusan ayahku dan kembalikan kesihatannya seperti dahulu.....
Dalam kesedihan yang kami rasai sempat emak berbisik kepada kami " walau apa pun terjadi tenangkan diri dan redhailah apa yang terjadi asalkan ia terbaik buat ayah"...mendengar biacara lembut emak membuatkan air mata ini semakin deras mengalir. Sejuk tangan ayah saat aku bersalaman walupun ayah entahkan sedar, entahkan tidak. Emak meminta kami tidak menangis dan kuat serta bacakan yassin buat ayah bukan tangisan buatnya
Sahabat ayah dan sedara mara semakin ramai datang memenuhi ruang katil ayah, namun aku semakin tertekan dengan biacara insan yang melawat. mereka mendekati kami ketika Dr memeriksa keadaan ayah " banyak bersabar yer, biasanya kalau macam tu tak lama. sedara mak cik dulu macam tulah juga. Jaga mak baik2 yer", " kalau keadaan macam ni mungkin tak lama paling lama 3 bulan je"...
Aku seakan-akan mahu menjerit pada mereka DIAMMMMMMMMMMMMMMM....jika datang melawat sekadar untuk membicara seberat ini lebih baik tidak datang. Bukan aku menghalang tapi sekurang-kurangnya bagilah semangat buat kami, ni dalam kami menghadapi ujian yang MAha hebat boleh bicara selancang itu hadiah buat kami. Bukan kami kanak-kanak yang tidak biasa memahami keadaan ayah tapi aku merayu kata-kata yang melemahkan tidak diperlukan saat ini... akhirnya aku dan adikku melangkah ke Surau meninggalkan suara-suara yang menekankan hati ini....
Setelah solat jumaat, Dr memberitahu dalam paru-paru ayah ada banyak udara dan ia perlu di keluarkan. Dr minta kebenaran kami untuk mebuat satu lubang pada ayah bagi mengeluarkan udara yang terperangkap.Jika dibiarkan ia membahayakan lagi jantung ayah. Perbincangan antara Abang Long dan Zudin ( anak lelaki tunggal dan adik bongsuku)dengan Dr,akhirnya sepakat untuk mengikut je apa yang terbaik.
lepas berbuka puasa dan solat magrib ayah dipindahkan ke unit rawatan jantung CCU. tempat ini lebih rapi dan sememangnya sesuai buat ayah. Tapi malangnya kami tidak dibenarkan berada di sisi ayah lagi. Number telephone di tinggalkan dan masa melawat sahaja kami di benarkan melihat ayah. Ya Allah lindungi ayahku, hanya itu yang termampu. Malam itu, kami ketandusan idea dan membuat keputusan berehat di Hotel Green Park. Kesihatan emak perlu dijaga.
11 Ramadhan : kami dibenarkan melawat ayah waktu melawat tiba. setelah siap buat past pelawat kami lebih mudah untuk melihat ayah. sahabat ayah tidak pernah berkurang. setiap masa ada sahaja orang yang datang. bacaan yassin sentiasa di baca. kali ini lebih tenang dan kami telah bebas dr suara-suara yang menekan. sebaliknya kata-kata semangat pula yg diterima Alhamdulillah....
seterusnya nnt akan di sambung.....
4 comments:
assalamuaikum kak...
moga arwah ayah akak di tmptkan bersama orang yg soleh..
Amin....
salam eizan..
ta'ziah...kehilangan tue sesuatu yang pasti....kita juga akan menyusul bile tibe waktunye.. insyaallah....
liza rasai kehilangan 'nya' mase umur 13 tahun...11 sept 2001... perit...tapi itulah takdirnya....
be strong ya sis....=)
lot of love n miss.....
salam ezan. Mungkin dah terlewat syirah tahu pasal ayah ezan tapi masih nak sampaikan ucapan takziah buat ezan dan keluarga. Semoga roh ayah ezan ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman...aminnnnn. Semoga ezan dan keluarga tabah menghadapi dugaan dan cabaran.
salam'alayk
moga Allah berkati keluarga izan dan tempatkan arwah ayah di tempat yg beriman..ameen
Post a Comment