Dalam sebuah riwayat Ibnu Ishaq disebutkan: “sesungguhnya suami benar-benar berada pada sebuah tempat agung dihati Istrinya”
August 03, 2010
Menyuburkan rasa cinta setelah berkahwin=)
Alhamdulillah bersyukur tak terhingga kepada yang maha ESa....
Setelah berkoban masa cuti yang lalu memerah otak mencari idea membantu sahabat membuat modul program BICARA WANITA, akhirnya pada jumaat yang lalu program ini berjaya dilaksanakan buat pertama kalinya untuk semester ini. AlhAmdulillah....
"Menyuburkan rasa cinta setelah berkahwin"
Fasa pertama :
Perbentangan Ustazah Husna telah memberikan perjelasan tentang matlamat di dalam sesebuah perkahwinan atau baitul muslim yang dibina. Kasih sayang yang terbina antara suami dan isteri harus disandarkan kepada Allah Taala. Letakkan Allah ditengah-tengah perhubungan antara suami isteri. Matlamat perkahwinan harus jelas dan mesti bersama-sama mencari mardhotillah.
Dalam memilih pasangan biasanya orang mesti kata hadist nabi pesan tengok 4 perkara. Selepas berkahwin pun 4 perkara tersebut jangan kita lupa.Kena ingat sokmo huhu...
1- HARTA : seorang isteri harus mengetahui harta suaminya. Nape perlu tau?? Supaya isteri mengetahui sumber pendapatan atau kewangan yang diberikan oleh suami kepadanya. Selain itu, isteri boleh memahami kondisi dan kemampuan suami dalam bab kewangan. sekiranya isteri turut berkerja maka si isteri dapat membantu tugas suami dalam aspek kewangan apabila mengetahui masalah kesulitan suami pada akhir bulan jika suami tidak berpendapatan tinggi. So kat sini barulah isteri dan suami saling memahami. Isteri pun tidaklah menuntut sesuatu di luar batas kemampuan suami sebab dah tau kan. Tak bermakna jika suami berpendapatan besar maka isteri boleh ambil kesempatan.
2- KETURUNAN : Aspek ini penting diketahui oleh isteri berkaitan kaum keluarga suami. hal ini supaya isteri lebih memahami keluarga suami dan dapat membina silaturrahim yang baik dengan keluarga si suami.
3- KECANTIKKAN : Adakah ketampanan suami menjadi ukuran kebahagiaan??? Di maksudkan kecantikkan kat sini ialah si isteri harus pandai menjaga penampilan ketika berhadapan dengan suami. Sebelum keluar rumah bolehlah dapatkan pandangan suami berkaitan penampilan diri anda supaya maruah diri terpelihara dan menyenangkan hati suami ketika berjauhan dari isteri. Aspek kebersihan juga penting, bukan sekadar sedap mata suami memandang isteri tetapi penampilan rumah juga harus selari.
4- AGAMA : Aspek ini menjadi aspek paling utama. Jadikan ia sebagai penduan dalam membina pelayaran rumah tangga. Ikut syariat dan amalkan segalanya mengikut syariat.
Fasa KEDUA :
Tips memupuk rasa cinta
1. Matlamat hidup - matlamat harus jelas antara suami dan isteri. Kejelasan tersebut pula mestilah selari supaya tepat ke destinasi. Sefahaman dan saling memahami sangat penting dalam meletakkan matlamat bahtera.
2. Ibadah - Amalkan lakukan semuanya secara berjemaah. Contohnya dalam soal solat dan puasa. Buatlah sama-sama barulah ikatan kemesraan terjalin huhu..
3. KEWANGAN - Perkahwinan melibatkan perkongsian. Maka, sekiranya suami dalam kesempitan isteri tak salah membantu dengan redha. Hidup akan lebih bermakna dengan banyak memberi. oleh kerana suami jarang suka meluahkan masalah, jadi isteri kenalah pandai untuk mencungkil permasalahan.
4. KONGSI MASALAH - Permasalahan bersama tidak salah sharing dengan pasangan. tetapi bukan bermakna pasangan tempat luhan masalah sekadar untuk sharing. dari sharing itu lahirlah caring.
5. LAKUKAN AKTIVITI BERSAMA- Jika terlibat dalam aktiviti masyarakat sepErti gotong-royong masjid ke, ajaklah pasangan sekali barulah merasai kehidupan bersama dalam beraktiviti.
6. TERBIYYAH DIRI - Pasangan kita juga adalah manusia seperti kita. Manusia ni tak lari dari sifat lupa so saling ingat mengingati antara satu sama lain. lapang dadalah apabila menerima teguran dan tegurlah dengan penuh hikmah. Bagus juga jika buat usrah dalam keluarga. Biarpun dalam masa sekejap tapi dengan usrah macam-macam manfaat akan ditemui.
7- RAIKAN PASANGAN - Tidak salah gembirakan hati pasangan dengan meraikan hari-hari penting dalam hidupnya....
Semoga rumahtangga akan dipenuhi dengan rasa cinta dan mencapai redhaNYA.
KEHADIRANNYA MENJADI INSPIRASI
PERMUDAH LANGKAHAN MENUJU DESTINASI
USAH TERSASAR MATLAMAT DIRI
DALAM MENCINTAI SETELAH AKAD TERPATRI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
setiap jumaat da mula bicara wanita ye? kat mana? da lama xjoin..huuu
haah setiap jumaat ada...kt bilik seminar bitara..insya'Allah sgl mklumat nnt eizan gtau...smg Allah pilih kite utk brada di tmn2 syurga..
Post a Comment