Dalam sebuah riwayat Ibnu Ishaq disebutkan: “sesungguhnya suami benar-benar berada pada sebuah tempat agung dihati Istrinya”
July 04, 2010
SelaMAT BerJUAng Adik-adikku
Salam kerinduan buat dirimu...
Setelah bertungkus lumus berjuang dalam SPM dan STPM 2009, akhirnya dua permata dalam keluargaku ini berjaya menempatkan diri ke Universiti. Walaupun terpaksa menanggung pelbagai dugaan sebelum menempuh hari-hari peperiksaan yang lalu namun, Allah permudahkan urusankan kalian berdua dan lihatlah Allah memberi ganjaran selepas kalian menerima dugaan. Itulah hakikat sesuatu dugaan itu tidak diberikan tanpa disediakan nikmat sesudahnya....
Srikandi Nazira,
Masih ku ingat saat-saat kita saling ber'sms' dan 'ym'ketika kau hilang arah kerana takut untuk mendepani STPM. Semangatmu adakalanya lemah dan adakalanya goyah lantaran tiada sesiapa di sisimu yang mampu meniupkan semboyan untuk terus meniti ranjau dugaan. Aku tahu bertapa beban yang dipikul olehmu saat itu amat menekan jiwamu dan menuntut dirimu untuk terus berkorban dalam memenuhi setiap kehendak yang menjadi pendesak. Bersyukurlah sayang kau telah berjaya mengharungi dugaan dan kini UPSI dalam genggaman hehe...
Aku tahu jiwamu bergolak untuk meneruskan minat dalam bidang yang sama denganku kerana kau bimbang pelbagai kata-kata yang tidak enak bakal kau terima. Walaupun berat akhirnya bisikan-bisikan negatif itu tidak mampu melawan matlamat dan cita-citamu. Kini, program Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling merupakan bidang baru yang bakal kau terokai....Semoga tabah dalam meniti ranjau di alam kampus.
Untukmu putera Aizuddin,
Saat-saat kau mengambil spm kau juga dilanda dugaan. Tapi ku tahu jiwa mu kental walaupun dalam hati ada taman hehe...Aku bidang Bahasa Arab sememangnya bidang yang sangat kau minati walaupun gagal mencapai target utk dapat BA 'A' tapi akhirnya kau telah membuktikan dalam spm kau tidak gagal dalam BA. Alhadulillah rezeki itu masih milikmu.
Pengorbanan mu dalam keluarga amat ketara di saat majlis perkahwinan along menjelma. tidakku nafikan aku kagum dengan sikapmu. Aku tahu bukan mudah bagimu untuk menolak tawaran Maahad Tahfiz Pahang dan Tawaran Darul Quran Kuala Kubu. Namun, kau lakukan kerana menjaga banyak kepentingan. Aku ingat katamu "takpelah mungkin ada rezeki yang lain lagi menanti"..Alahmdulillah UDM menanti dirimu...Allah mengtakdirkan dirimu mengambil jurusan Pengajian Islam( bahasa & kesusasteraan Arab) smg mendapat kejayaan insya'Allah..
Teruskan melangkah menuju matlamat...kejayaan pasti milik insan2 yang berusaha..smg berjaya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment