Dalam sebuah riwayat Ibnu Ishaq disebutkan: “sesungguhnya suami benar-benar berada pada sebuah tempat agung dihati Istrinya”
April 18, 2010
Kewibawaan Muslimat
"Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" ( At-Taubah 9 : ayat71 )
Merujuk firman Allah di atas jelas memberitahu kita bahawa tanggungjawab membangunkan masyarakat merupakan tanggungjawab bersama antara mu'min dan mu'minah. Tiada yang terkecuali dari menanggung amanah ini. Namun bergitu bukanlah sesuatu yang mudah untuk memikul amanah yang berat ini. Dalam sebuah buku "Muslimat Pencorak Masyarakat" hasil karangan Asiah 'Ali ada menyenaraikan beberapa ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang muslimah. Ciri-ciri tersebut :
1. IMAN
Iman yang lahir dari konsep Tauhid dapat membentuk muslimat menjadi seorang hamba Allah yang khusyuk dan tunduk kepada penciptanya. Ketabahan diri muslimah juga akan bertambah apabila melalui saat-saat dirinya diuji sekiranya muslimat memiliki keimanan yang kukuh.
2. AKHLAK
Dua sumber utama akhlak iaitu Al-Qur'an dan Al-hadith. Dalam Al-Qur'an Allah mendidik manusia agar mengamalkan sifat-sifat mahmudah dan jauhkan sifat-sifat mazmumah.
3. IHSAN
Sesuatu amanah itu dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas. Penting bagi seorang muslimat itu bersifat ihsan untuk mencapai matlamat pembangunan masyarakat dan tamadun Islam.
4. UKHWAH
Aqidah Islamiah telah menjadi pengikat tali persaudaraan sesama Islam. Muslimat seharusnya menjaga hubungan tersebut dan elak daripada melakukan perpecahan sesama sendii.
5. PENGHAYATAN SYURA
Muslimat perlu menghayati dan memahami prinsip syura dalam kehidupan mereka. Dalam hal-hal berkaitan dasar umum kepentingan umum seorang ketua tidak boleh diambil melainkan dengan mengambil keputusan ahli-ahli syura.
6. MUAFAKAT DAN KERJASAMA
Sebagai seorang anggota jamaah islam, muslimat semestinya mewujudkan suasana muafakat dan saling kerjasama dalam melaksanakan tugasan harian. Ia penting dalam mewujudkan masyarakat atau jamaah yang mantap dan kukuh.
7. TOLERANSI
Konsep ini sangat dituntut dalam Islam kerana selain mewujudkan suasana harmoni dalam organisasi tetapi juga dapat membentuk pelbagai peringkat pekerja ke arah kerja berpasukan.
8. BERSEDIA MENERIMA PANDANGAN ORANG LAIN
Penilaian pandangan orang lain harus diambil dan dinilai dengan positif oleh seorang muslimat. Jika ia membawa kebaikan bersama wajarlah pandangan tersebut diambil. Konsep berlapang dada harus diamalkan dalam menghadapi sebarang teguran dan kritikan.
9. SYAJA'AH (BERANI)
Keberanian menegakkan kebenaran biarpun dibenci oleh manusia perlu dilatih dalam diri seorang muslimat. Bukan muslimat sahaja muslimin pun perlu juga ada sifat ini terurama individu yang terlibat dalam gerakan Islam yang sentiasa mendepani mehnah dan tribulasi.
p/s: Sekadar perkongsian ilmu daripada pembacaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment