DI AWAL REMAJA
Bukanlah aku sengaja,
Melindungi rasa dijiwa,
Namun bimbang dirikan terleka,
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah,
Hingga terabai segala cita,
Sedang hayalan tidak menjanjikan,
segunung kebahagiaan,
sebagai mahar hantaran…
Bait-bait lagu ‘Mahar Cinta’ nyanyian Kumpulan nasyid Devotees ini sering berkumbang di stesyen radio IKIM. Lagunya penuh mesej yang tersirat dan sangat sesuai untuk dihayati oleh para remaja masa kini. Cinta itu fitrah dan keinginan untuk mencintai dan dicintai juga fitrah. Menurut Teori Maslow keperluan ketiga yang dituntut dalam diri setiap individu adalah keperluan kasih sayang. Manakala dalam teori yang lain .menyatakan bahawa pada usia 14 hingga 19 manusia berkeinginan ingin memiliki dan dimiliki. Oleh sebab itu, kita tidak boleh menentang fitrah kerana perasaan tersebut akan datang seiring dengan perkembangan semulajadi manusia.
“Rabiatul, enti tak teringin ke nak bercinta macam orang lain”, Tanya sahabatku Syuhada secara tiba-tiba. Aku dapat merasakan bertapa panasnya wajahku saat itu kerana menahan malu dengan soalan yang dituju.
“Nape tiba-tiba tanya ni? Entikan faham ana.”, jawabku bersahaja
“Ana tahu enti tidak berminat dengan cinta-cinta ni. Cuma ana nak tahu enti tak minat ke dekat mana-mana muslimin dalam kelas kita?”,
“ Ana tidak minat ok!”, jawabku tegas dan terus berlalu meninggalkan Syuhada dibelangkang. Jeritan Syuhada memanggilku tidakku endahkan lagi. Hari ini aku benar-benar marah dengan soalan yang diajukan. Syuhada sengaja membangkit isu yang sangat sensitif dalam hidupku. Aku sedari dulu mengelak untuk berkongsi tentang perasaan dengan sahabatku. Mandengar luahan sahabat-sahabat sudah cukup memberikan gambaran yang negatif terhadap alam percintaan. Namun walaupun tiada pengalaman bercinta, sahabatnya sering menjadikan aku tempat rujukan masalah cinta mereka.
*****
Suasana dikelas sangat berbeza berbanding tiga bulan lepas. Pada hari ini semua pelajar sibuk mengulangkaji pelajaran maklumlah imtihan semakin hampir. Ada yang terkumat-kamit menghafal ayat hafazan, ada yang menghafal perkataan bahasa Arab dan tidak ketinggalan juga ada yang study group. Salah seorang ahli group tersebut pastinya aku. aku lebih suka belajar berkumpulan kerana cara ini lebih efektif.
Siminar dan bengkel menjawab soalan dianjurkan oleh pihak sekolah. Semua pelajar PMR wajib terlibat. Tujuan diadakan bengkel ini adalah untuk membantu para pelajar menjawab soalan dengan baik dan membuat persediaan saat akhir. Bagi subjek-subjek killer seperti Bahasa Arab, Matematik dan Bahasa Ingeris kelas intensif diwujudkan. Saat ini jadual pelajar sangat padat dan semuanya berfokus kepada imtihan yang bakal berlangsung sebulan lagi.
Hari peperiksaan pun menjelang, sebelum masuk ke Dewan Kris Emas semua palajar akan beratur di hadapan guru-guru tingkatan masing-masing. Kemudian, seorang muslimin akan dipanggil untuk membacakan doa penerang hati. begitulah yang berlaku setiap hari sepanjang tempoh imtihan berlangsung.
Tiga bulan masa berlalu dengan pantas sekali. Kini keputusan PMR berada dalam tangan.
“ Ain, nak tak kita pindah teknik?”, soal Adnin pada Ain. Tanpa menjawab soalan Adnin, Ain minta pendapatku.
“ Rabiatul, enti rasa macam mana cadangan Adnin?”
“ Kalau antunna semua nak pindah ana ikut je. Lagi pun ana nak buat perubahan dalam diri ana.”
“ Perubahan apa yang enti nak buat ni?”,duga Wan yang dari tadi sibuk membandingkan keputusannya dengan keputusanku. Aku hanya membalas dengan senyuman.
Sementara menunggu keputusan ke Sekolah teknik keluar aku berada telah dipilih untuk mengambil kelas Pengajian Islam (PI). Saban tahun kelas PI hanya memiliki pelajar seramai 25 orang sahaja.
****
1 comment:
assalamualaikum...
di sini sy nk kongsi pengalaman.mungkin bg kalangan remaja indah untuk bercinta tp alhamdulillah di usia remaja Allah tutup ati sy untuk memandang lelaki dan menjalinkn hubungan rapat lebih dr seorg kwn. Kata ustazah sy xblh bercinta waktu belajar dan itulah sy pegang sehingga menggenggam segulung ijazah.namun kini, sy dh bekerja dan keinginan untuk rasa dikasihi tiba2 muncul.sebelum ni dh beberapa lamaran dr kwn ajk untuk kapel sy tolak mentah2.tp sejak abah kembali ke rahmatullah n abg2 n akak mendirikan rmhtangga baru sy sedar betapa sunyinya ati sy.sy cuba mencari teman ntk isi kekosongan tu tp bla d fikirkan blk sy takut cinta yg sy idamkan x seindah mana.bg sy cinta selepas kawen lbh bermakna namun ati siapa xsuka ntk disayangi...
Post a Comment