Pilihan Raya Kampus UPSI insyaAllah akan berlangsung esok khamis 28 Januari 2010.
Kesibukan calon-calon yang bertanding dapat dilihat sekitar kampus dan kolej-kolej kediaman. Malam hari tidak pernah sunyi dari berkampen melalui media terbuka 'RAPAT UMUM'. Namun, masih ada dalam kalangan mahasiswa/wi yang langsung tidak mahu mengambil tahu soal PRK ini. Mereka bukan sahaja tidak melibatkan diri secara langsung tetapi seolah-olah tidak peka dengan perkembangan semasa di kampus sendiri. Perkataan 'RAPAT UMUM' seakan-akan asing dan tidak pernah didengari walhal sudah berada di alam kampus selama hampir 2 atau 3 tahun. Di manakah kepekaan anda??
PRK ini bukan sengaja diadakan tetapi merupakan suatu hak yang diberikan kepada mahasiswa sekalian dalam mencari pemimpin mereka yang layak untuk menduduki kerusi MAJLIS PEWAKILAN PElAJAR ( MPP ). Mereka yang harus dilipih bukan hanya dipandang daripada kecantikan rupa paras atau kecanggihan dalam membawa manifestor tetapi sebaliknya nilailah akhlak bakal-bakal pemimpin itu dan sejauh mana realistiknya ideologi yang ditaburkan. Usah menyokong manifestor yang hebat didengari untuk diperjuangkan tetapi retorik semata-mata. Apa guna menabur janji andai pasti gagal melaksanakan.
Mahasiswa anda ada hak untuk memilih maka buatlah pilihan terbaik. Turunlah mencuri masa mendengar perbentangan manifestor calon-calon yang bertanding. Usah membiarkan diri anda mengikut nama-nama yang di 'sms' kan supaya anda mengundi mereka sedangkan anda langsung tidak tahu siapakah pemilik nama-nama tersebut. Seperti PRK yang lalu ada pihak "tu" menghulurkan kertas senarai nama yang perlu diundi oleh mahasiswa dan bagi mahasiswa yang tidak pernah cakna dengan PRK ini akhirnya turutkan sahaja mengundi senarai tersebut. Berhati-hatilah dalam memilih pemimpin kerana kita dipertanggungjawabkan di atas setiap yang kita pilih.
No comments:
Post a Comment