January 04, 2010

REhlAH Unit Bimbingan Sahsiah

perjalanan ke PRoton City
Sepanjang LDK
sesi refleksi
Alhamdulillah, berjaya juga Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah KAB menganjurkan rehlah UBS ke Proton City. Biar perancangannya berlaku secara spontan tanpa perancangan yang rapi namun segalanya berjalan dengan baik sekali. Komitmen dan semangat untuk mengadakan program diperingkat unit Bimbingan Sahsiah KAB menjadi faktor utama berjayanya aktiviti ini dilaksanakan. Walaupun yang terlibat dalam aktiviti ini hanya 18 orang tetapi ia cukup bermakna dan menyeronokkan.

Takdir Allah, hujan mengiringi sepanjang perjalanan kami ke Proton City. Pada awalnya plan B telah dirangka supaya mengubah tempat rehlah UBS tetapi mengenangkan adik-adik UBS begitu bersungguh untuk meneruskan rencana yang telah dirangcang maka berbekalkan payung kami meneruskan langkahan. Perjalanan bermula sekitar jam 8.30 pagi dan selamat tiba pada jam 9.15pagi untuk kelompok pertama dan 9.40 pagi untuk kelompok kedua.

Destinasi pertama kami adalah menuju ke Masjid Proton City. Aktiviti dimulakan dengan Solat Dhuha. Semua ahli UBS telah pun dimaklumkan untuk mengerjakan solat sunat tersebut. Kemudian barulah sesi menjamu selera.

Apabila perut telah diisi dengan makanan maka minda dan hati juga meronta untuk diisikan dengan sedikit pengisian. Ana kuatkan juga hati untuk meneruskan agenda pengisian pada pagi tersebut walaupun ana diburu oleh masa yang amat mencemburi untuk ana meneruskan aktiviti selanjutnya. Meeting dengan pembekal cenderahati pada jam 11.00 pagi tidak boleh dipandang enteng.

Asif jiddan buat ahli UBS kerana ana terpaksa mendesak kalian untuk bergerak pantas. Sesi pertama adalah ice breaking. Cukup simple proses tersebut dilakukan. Matlamatnya agar ahli lama dapat mengenali ahli baru UBS. Seteruskan LDK dijalankan.Hanya satu LDK sahaja yang berjaya dilaksanakan.

Semasa LDK ini dijalankan ana dapat melihat kesatuan yang cuba dibentuk dalam mewujudkan kerjasama antara ahli-ahli UBS. Kesungguhan mereka menghasilkan lukisan mengikut arahan ana dilaksanakan dengan baik sekali. Riang dan gembira mereka bersama-sama menunjukkan kerativiti masing-masing. Perbentangan kumpulan juga dilakukan dengan baik.

Slot refleksi sempat juga dilakukan walaupun hp ana berdering dengan mesej supaya segera pulang ke KAB. Antara kupasan ahli UBS :
1) Aktiviti dapat mengeratkan ukhwah antara ahli.
2) Dapat mengisi masa lapang dan melihat keindahan
ciptaan Allah.
3) Dapat melihat bertapa pentingnya objektif sesuatu
perkara itu dilaksanakan agar gerak kerja berarah
bermatlamat.
4) Kerjasama amat penting dalam sesebuah organisasi
5) Ahli dapat mengetahui kelebihan solat Dhuha
6) Dalam kehidupan usah diasingkan dengan AD DEEn
7) Aktivi menyeronokkan.

Sekadar itu yang sempat ana save kan dalam minda. Biarpun aktiviti ini simple tetapi ana amat berharap agar adik-adik UBS mendapat sesuatu sepanjang aktiviti ini. Biarpun sesuatu itu kecil tapi usah dipandang remeh. Sedikit perkongsian yang sempat ana berikan, semoga adik-adik mendapat secebis buah fikiran untuk direnungkan.

Ana doakan agar adik-adik teruskan perjuangan sebagai seorang pelajar dan tidak melupakan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah

2 comments:

iyaka said...

perancangan yg bagus....ana pun nk buat juga...untuk UPRO

Ceria Sayang said...

smg perancangan lebih mantap utk UPRO