March 03, 2012

Matlamat kita



Diri ini bukanlah insan yang sempurna untuk mengharapkan sebuah kesempurnaan. Berlapang dadalah dalam menerima kekurangan. Biarpun adakalanya kita mahukan sesuatu yang lebih dari apa yang kita terima. Namun yakinlah yang kita miliki adalah pasti milik kita sedangkan yang kita hajati belum pasti kita mampu untuk menghargai. Apa yang penting kita bersama membina sebuah kepercayaan.

Percayalah bahawa dirinya ANUGERAH dariNya

Percayalah bahawa dirinya TERBAIK untuk kita

Percayalah bahawa dirinya mampu untuk buat kita BAHAGIA

Percayalah bahawa dirinya akan SETIA dengan izin dariNya

Percayalah selagi MATLAMAT kita sama (mencari redhaNya) kita akan tetap bersama hingga ke syurga

dan…..

Percayalah ikatan ini akan TERHENTI disaat salah seorang dari kita berpaling dari matlamat kita (mencari redhaNya)

tetapi…

Percayalah selagi kita izinkan diri kita untuk saling beriringan ke syurga pasti tiada detik salah seorang antara kita berpaling dari matlamat kita (mencari redhaNya) kerana tiada ruang dan peluang akan hadir membenarkan antara kita tergelincir dari landasan matlamat kita (mencari redhaNya)

No comments: