
Tika mentari mula melabuhkan tirainya
Dunia seakan hilang serinya tanpa cahaya
Digantikan pula bulan yang indah serinya
Bersama bintang-bintang yang menerangi angkasa raya
Setiap hari kita melalui aturan yang sama
Semuanya silih berganti mengikut masanya
Sehinggakan kita seakan-akan alpa dengan nikmat kurniaan dariNya
Kerana kita menyangka hari esok masih ada buat kita
Sedangkan tiada yang paling hampir buat kita
Melainkan saat jasad berpisah dari nyawa
No comments:
Post a Comment