September 22, 2011

Istighfar

Pernah kita kira tak berapa kali sehari kita melafazkan kalimah ini :


cuba sama-sama kita kira agak-agak sampai tak 70 kali sehari. Alhamdulillah, pasti ada yang dapat totalnya lebih daripada 70kan. Jangan khuatir kepada yang kiraannya kurang sebab selagi mana kita berada di atas muka bumi kesempatan dan waktu masih ada untuk berubah.

Renungkan sabda Nabi Muhammad s.a.w :

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali”

Jadikan hadith ini sebagai pembakar semangat untuk meningkatkan amal kita. Jika kekasih Allah buat 70 kali. Kita ini pula siapalah agaknya di sisi Allah.....

Kita solat 5x sehari (wajib). So setiap kali lepas solat kalau biasa istighfar 3x je so try la buat 15x sehari. 15 x 5 = 75...

Selamat meningkatkan istighfar setiap hari...

Lazimilah lidah dan hati dengan mengingati pencipta krn dengan mengingatiNya kita akan tenang. Boleh juga set dalam minda setiap kali terkejut atau terperanjat menyebut kalimah-kalimah mengingati pencipta. Bukan sahaja kita mengingati diri sendiri, bila didengari oleh orang lain (tidak bermaksud kuat-kuatkan suara) secara tidak langsung kita boleh menjadikan ia sebagai ingatan bersama. Kebiasaan orang mudah melatah sst yang kurang sopan didengar maka sama-samalah kita menjadi ejen perubahan.


Catatan : merindui tazkirah ringkas sahabat2 C206 . Semoga Allah pemudahkn pejuangan kalian yang masih berada di bumi murabbi.








No comments: