ALAM PEKERJAAN
Angin petang bersepoi-sepoi bahasa menampar pipiku. Aku termenung dijendela melihat terlatah anak kecil berain di halaman rumah. Indahnya menjadi seorang kanak-kanak bisik hati kecilku.
“ Nak duduk rumah je ke sepanjang tunggu result ni?”terjah emak mengejutkan aku dari hayalan.
“ Bukan tak kerja tapi tak tahu bila nak pergi”, jawab ku sambil tersenyum paa emak
“Kalau nak esokla emak temankan minta jelah kerja JUScO tu”,cadang emak kepadaku
“ Yelah, esok kita pergi.
****
Seminggu aku menunggu jawapan daripada pihak JUSCO dan akhirnya aku diberitahu bahawa aku perlu datang melapor diri hari esok. Sebelum kakiku melangkah memanjat anak tangga ke pejabat JUSCO jantungku berdegup kencang.
dup…dup..dup…
Aku ditugaskan sebagai Chasier dan diletakkan di bawah pantauan kak Siti. Pertama kali aku terpandang akak ni kejut giler aku. Garangnya wajah dia dah la tak sedikit pun senyum padaku.
Dua minggu tempoh penyesuaian aku dengan persekitaran tempat kerja. Setelah itu aku selesa bekerja dan aku semakin mengenali kerjaya ini. Rakan-rakanku juga semuanya adalah dalam kalangan rakan sebaya.
****
Persekitaran tempat kerja amat berbeza dengan zaman persekolahan. Kini otakku tidak lagi terbeban dengan masalah pembelajaran. Hari-hariku lebih tenang dan damai tanpa ada ganggu daripada tugasan kerja sekolah. Memandangkan persekitaranku adalah pasar raya maka tidakku bisa lari daripada gejala sosial yang sering terhidang sebagai santapan mata. Rakan-rakanku juga tidak kurang juga kebanyakkan mempunyai kehidupan yang bebas tanpa pantauan keluarga. Ada juga desas-desus mengatakan asrama pekerja wanita boleh dikunjungi oleh pekerja lelaki dan begitulah sebaliknya. Kebanyakkan mereka yang tinggal di asrama kerana mereka bukan penduduk bandarku. Keluar malam bersama teman-teman lelaki adalah perkara biasa bagi mereka. malahan aku yang menjadi devian dalam kalangan mereka kerana hingga saat ini hatiku tidak pernah tercemar dengan cinta insan bergelar adam. Tingkah laku aku juga sering dikawal oleh ibu dan bapa.
Teori Serakberai Sosial ada menyebut bahawa untuk semakin mereka tidak dikenali semakin lebih sesuai untuk mereka melanggar norma masyarakat kerana kurangnya kawalan masyarakat terhadap mereka. ( Deugla dan Waksler, 1992 ). Berdasarkan teori ini sememangnya jelas mereka bernai melakukan apa sahaja sehingga melanggar norma masyarakat disebabkan tiada siapa yang akan pedulikan mereka dan mereka tidak dikenali.
Mulanya aku tidak pernah kisah soal hati dan perasan. Pergaulanku dengan lelaki juga turut terbatas. Aku tidak akan bertegur sapa dengan mereka melainkan urusan kerja. Namun semua itu hanya sementara sahaja. Apabila telah masuk bulan kedua aku di alam perkerjaan kehidupan sosialku telah mula berubah. Aku mula berkawan rapat dengan rakan sekerja yang berlainan jantina dan telah berani aku untuk pergi makan bersama meraka. Dalam hatiku sering terdetik ‘adakah aku bahagia dengan hidup sebegini?
Apabila aku ajukan persoalan ini kepada rakan-rakanku mereka menyokong tindakanku. Sokongan mereka membuatkan aku yakin inilah dunia remaja yang sebenar. Aku juga turut bercerita dengan emak setiap aktiviti yang aku lakukan sepanjang hari. Emak tidak pernah marah sebaliknya emak menasihatiku agar berhati-hati dan menafikan hukum agama. Kata-kata emak padaku..
“ zaman remaja hanya sekali sahaja dan nikmatilah ia sekadarnya, mungkin yang manis itu belum tentu indah diakhirnya dan yang pahit itu tiada manis menanti diakhirnya”
Setiap kali mutiara kata emak menyinggah ditelingaku, aku akan simpan dalam diari hatiku sebagai panduan hidup.
****
Sewaktu tengah sibuk melayan pelanggan yang datang membuat bayaran di kaunterku iaitu kaunter 16, aku terpandang wajah dua orang pekerja baru. Mereka nampaknya seakan-akan sebaya denganku. Tekun sekali menggangkat barang dan menyesun peralatan elektrik seperti yang diarahkan oleh supervisor mereka. ketika mereka lalu berhampiran kaunterku hanya seulas senyuman ku hadiahkan buat mereka. Aku juga menerima balasan senyuman ikhlas dari mereka berdua.
Sejak dari pertemuan pertama itu aku mulai rapat dengan mereka berdua, Sufi dan Kamal. Rupa-rupanya mereka adalah berjiran sebelah rumah. Kamal baru sahaja berpindah ke taman perumahan tersebut. Hubungan mereka berdua juga baru sahaja bermula. Kakak Kamal turut berkerja ditempat kerjaku. Namanya Kak Syila. Menerusi kak Syila aku beroleh banyak maklumat tentang siapa Kamal yang sebenarnya.
Aku sangat simpati dengan nasib Kamal. Dia hanya mendapat pendidikan sehingga tingkatan dua. Sebelum menamatkan pelajaran Kamal telah memasuki salah sebuat sekolah tahfiz Al-Quran tetapi disebabkan masalah gagal menguasai pelajaran dengan baik akhirnya Kamal berhenti belajar. Ayahnya telah berusaha menempatkan kamal di tingkatan empat tetapi disebabkan Kamal tiada Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) maka usaha ayah Kamal adalah sia-sia. Aku pernah bertanyakan kepada kamal soal pembelajran.
“Kamal tak minat belajar dah ke?”, tanyaku kepada Kamal.
“Minat tu ada, tetapi peluang tak de”. Jawan Kamal ringkas
“Tak pernah cuba minta pusat-pusat kemahiran ke?”’
“ Tengoklah nanti macam mana tapi sekarang ni nak kerja dulu.Lainlah kalau ada orang sokong”, jawab Kamal sambil tersenyum penuh makna kepadaku.
Antara Sofi dan Kamal aku lebih banyak berbual dengan Sofi. SOfi merupakan pelajar tingkatan lima aliran sains. Kehidupannya lebih banyak di asrama dan tidak mempunyai kawan yang ramai kerana masanya banyak dihabiskan untuk mengulangkaji pelajaran. Selain faktor pendidikan, sikap Sofi yang tenang dan suka mendengar membuatkan kami serasi untuk berbicara.
“Rabiatul mana kak?”, Itulah persoalan pertama yang sering keluar setiap kali Sofi masuk kerja dan aku tidak ditugaskan di kaunter 16.
Kaunter 16 merupakan satu-satunya kaunter yang terletak berdekatan dengan peralatan elektrik dan di situlah tempat Sofi dan Kamal bertugas. Jika aku ditugaskan di kaunter tersebut maka lebih banyak masa kami bertiga boleh berbual.
****
Tepat 25 hari bulan gajiku masuk. Ini merupakan gajiku untuk bulan yang ketiga aku pun bertekad untuk memakai telefon bimbit. Biarpun telefon tersebut murah yang penting aku boleh membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas. Aku juga hanya memberikan nombor telefonku hanya kepada rakan sekerja yang perempuan sahaja. Tetapi kerana kecuaian Kak Syila akhirnya Sofi berjaya memiliki nombor telefon bimbitku. Suatu malam aku terima pesanan ringkas daripada nombor yang tidak dikenali.
“Hai, buat apa tu?”
“ Sape ni?”
“ Ala, member sendri pun tak knl”
“ Member ramai. So awk sapa n yang mana?”
“ Sy Sofi la..”
Rupa-rupanya Sofi telah berjaya mendapatkan nomborku. Kami semakin rapat lagi sehinggakan setiap kali habis kerja aku pasti ber‘sms’ dengannya. Sikap Sofi juga telah berubah. Dahulunya banyak masa Sofi habiskan untuk berborak bersama-sama Kamal tetapi setelah aku berhubung dengannya melalui ‘sms’ perbualan mereka terbatas.
Keadaan sedemikian membuatkan Kamal berasa tidak selesa dan Kamal telah pun mengambil nomborku dalam telefon Sofi tanpa izin. Sofi sangat terkejut apabila aku mengatakan Kamal mendapatkan nomborku melalui dirinya. Sofi benar-benar marah saat itu. Namun aku memberikan penjelasan padanya bahawa aku akan adil dalam persahabatan ini.
****
Suatu petang aku bersendirian. Hari ini rakan baikku Syida tidak berkerja dan terpaksalah aku berehat seorang diri di dalam surau. Setelah solat asar aku baring seketika untuk menghilangkan penat. Tiba-tiba telefonku berbunyi tanpa ada pesanan ringkas masuk ‘sms’.
“ Kat mna ni?’
‘ Dalam surau nape?
“ Jom kita kuar makan sama kami tunggu Rabiatu; di gerai Hajra”
“ Ok, tunggu sy 10 minit lagi k”
Aku telah memilih untuk duduk di hadapan Sofi dan Kamal berada disebalah Sofi. Setelah minuman sampai kami sama-sama menikmati hidangan dan berbual. Namun gerak geri mereka berdua amat berbeza dapatku baca. Suasana hari ini agak berbeza berbanding hari-hari sebelum ini. Kedua-dua antara mereka kelihatan lebih serius dan tidak banyak ketawa seperti hari-hari sebelum ini.
“ Nape hari ni lain je korang berdua ni?”, aku cuba memancing reaksi mereka berdua.
“ Rabiatul nak Tanya sikit boleh, Rabiatul dah ada pakwe?”, persoalanku dibalas dengan soalan pula dari Kamal. Saat itu aku dapat rasakan bagaikan darah menyembur ke wajahku. Rasa malu teramat sangat kerana ini pertama kali aku berada dalam situasi sebegini.
Sofi memandang tepat ke wajahku dan menanti jawapan yang bakal aku utarakan.
“ Mana adalah I’m single and available, jawabku jujur.
“ rabiatul, kite couple nak?”, Tanya Sofi dengan spontan
Saat itu aku berasa sangat malu dan blur. Aku benar-benar terkejut dangan permintaan yang tidak diduga itu. Mana mungkin sebuah persahabatan ini bertukar menjadi sebuah percintaan. Hati aku terlalu berat untu menerima dirinya. Aku kesempurnaan yang ada padanya malahan jika aku memandang pada luaran pasti dia tidakku tolak. Wajahnya yang Chinese look dan kecergasan minda yang dimikinya membuat sesiapa sahaja boleh tertarik kepadanya.
****
Assalamualaikum….
Apa khabar saudari? Semoga saudari sihat dan gambira di samping teman-teman sekerja. Terlabih dahulu maaf andainya hadir warkah ini boleh membuatkan saudari tidak selesa. Sebenarnya saya ingin menyatakan hasrat hati untuk berkenalan dengan saudari. Bebesarlah hati saya sekiranya salam perkenalan ini saudari terima. Walaupun saudari tidak mengenali saya tetapi saya amat mengenali saudari. Sejak pertama kali saya mengenali saudari, sejak itulah saya ingin menyuarakan hasrat hati. setiap hari saya datang ke JUSCO semata-mata ingin melihat saudari dari jauh. Senyumanmu membuatkan aku terpaut padamu dan sentiasa merinduimu. Ku simpankan perasaan sayangku hanya untukmu. Tunggu warkah seterusnya.
Wassalam.
Terlalu ringkas iai surat yang kuterima dari Kak Miza tengah hari tadi. Menurut Kak Miza ada hamba Allah yang minta surat ini diserahkan kepadaku. Hatiku tertanya-tanya akan tuan yang menghantar warkah biru ini. Walaupun ringkas tetapi ada pelbagai persoalan yang bermain dimindaku. Pemikiranku sedikit terganggu dengan hadirnya warkah ini. Penumpuan kerja juga sedikit terjejas.
Hatiku tidak sedikit pun berbunga gembira jauh sekali merasa diri ini dicintai. Sebaliknya aku memikirkan kata-katanya yang berbunyi . “Senyumanmu membuatkan aku terpaut padamu dan sentiasa merinduimu”. Apakah yang telah aku lakukan sehinggakan insan ini berperasaan sedemikian? Apakah aku telah menggoda dan menggoncangkan iman seorang insan bergelar lelaki? Sejauh mana ‘dia’ terhanyut dalam perasaan sendiri?..
Persoalan-persoalan ini bermain-main diruang mindaku. Aku tidak mahu menjadi wanita yang menggoda iman lelaki. Aku tidak mahu diriku menjadi fitnah kepad lelaki. Namun sejauh mana aku mampu menangkis semua ini jauh dari diriku? Rasulullah s.w.a pernah bersabda yang bermaksud, fitnah yang paling besar melanda umatku diakhir zaman nanti adalah datang dari kaum wanita.
****
Terasa segar kembali tubuhku selepas mandi pulang dari tempat kerja. Aingin yang bersepoi-sepoi bahasa memasuki ruang bilikku melalui jendela sungguh mendamaikan. Aku dapat melihat bertapa tenangnya wajah Rasya, iaitu adikku perempuanku tidur disebelahku. Mataku seperti biasa memang sukar untuk terlelap selagi belum jam 1 atau 2 pagi. Masalah sukar tidur pada waktu malam sering melanda diriku sejak kecil lagi. Emak dan ayah sangat risau dengan permasalahan ini. Aku juga pernah disyaki menghidap insomenia.
Insomenia berasal dari kata In yang membawa maksud tidak dan somnus yang bermaksud tidur. Apabila kedua-dua kata ini bergabung maka perkataan insomnia boleh diertikan sebagai tidak tidur atau gangguan tidur. Insomenia terbahagi kepada tiga jenis iaitu Initial Insomnia beerti gangguan tidur saat memasuki tidur. Kedua, Middle Insomnia iaitu terbangun di tengah malam dan sulit untuk tidur lagi. Ketiga, Late Insomnia iaitu sering mengalami gangguan tidur saat bangun pagi (Hawari, 1990). Insomnia adalah ketidakmampuan atau kesulitan untuk tidur. Kesulitan tidur ini boleh dikaitkan dengan kuantiti atau kualiti masa tidur.. Penderita insomnia sering mengeluh tidak boleh tidur, tidak cukup tidur, tidur dengan mimpi yang menakutkan, dan merasa kesihatannya terganggu. Penderita insomnia tidak dapat tidur puas walaupun diberi kesempatan tidur sebanyak-banyaknya.
****
No comments:
Post a Comment