Akhirnya,penantian dan rakan-rakannya berakhir. Kami semua berjaya untuk ke sekolah teknik. Sayang sekali, atas alasan tiada penginapan disediakan maka sahabat-sahabatku menarik diri. Sekolah yang ditawarkan untukku sahaja yang menyediakan penginapan. Berat hatiku melangkah meninggalkan teman-temannya. Suatu ketika dulu kami dipertemukan dan kini takdir telah memisahkan. Lagu UNIC ‘Kau Kawan, Sahabat dan Teman” ini menjadi lagu tema perpisahan buat kami.
Riangnya saat kita ketawa,
Asyik senda dan bercerita,
Walau sesekali pandangan kita berbeza,
Andainya tetap serupa,
Adakalanya kita juga saling terluka,
Namun di akhirnya kita tetap bersama,
Dan kini dipisahkan dua benua,
Saling mengejar cita,
Tak pernah kulupakan,
Detik yang indah bersamamu temanku.
Melangkah kaki ke sekolah baru membuatkan aku seakan-akan teruja. Walaupun emak dan ayah keberatan untuk melepaskan aku pergi tetapi mereka terpaksa akur dengan kemahuanku.
Program orientasi berlajan selama satu minggu. Saat itu penuh dengan penyeksaan bagiku. Akak senior menjadikan kami pelajar baru tidak ubah seperti anak patung. Mereka mempergunakan tiket sebagai senior untuk membuli kami. Hampir setiap malam jam 3.00 pagi kami dikejutkan dan terpaksa mendengar celoteh mereka yang pada pandanganku tidak rasional langsung. Kadang-kala tiada motif pun mereka panggil seawal waktu itu.
Air mata adalah teman setia dikala rindu pada bonda dan ayahanda tercinta. Namun aku tekadkan hati bahawa sekali melangkah tidak bisa berundur. Teori Rollo May ada menyebut bahawa tempoh kehidupan ini kita akan lalui kepahitan dan kegemberiaan. Warna-warni kehidupan sebeginilah membuatkan kita lebih matang dalam menghayati tempoh kehidupan yang singkat.
Aku membuka lembaran dairi hatiku yang sudah sebulan terabai. Sejak masuk ke sekolah baru ini tidak sempat tanganku mencapai mata pena untuk mencatat perjalan hidupku. Jadual hidupku sentiasa menuntut aku untuk menghargai setiap minit yang ada maka tidak kesempatan untuk mencoretkan lakaran hidup dalam dairi kecil ini. Helaian pertama yang aku tatap adalah matlamat dan azamku ketika aku tekad untuk masuk ke sekolah teknik.
15 Februari 2003
Aku mesti belajar betul-betul dan berani untuk bercakap dikhalayak ramai. Jangan terjebak dengan budaya negatif kuala Lumpur dan ingat mak ayah di rumah. Tabahkan hati dan kuatkan iman, ingat kata-kata angah ini!!
“ Rabiatul, tabahkan hati dan kuatkan iman tau”, pesan angah ketika aku bersalaman denganya. Berderai air mataku ketika saat itu.
“ InsyaAllah, doakan semoga Rabiatul kuat di sana”
*****
Rombakan kelas bagi pelajar Aliran Teknik dilakukan. Tujuan rombakan ini adalah untuk menempatkan pelajar yang mempunyai pencapaian akedemik setaraf berada di dalam kelas yang sama. Aku telah ditempatkan di kelas tingkatan 4 Teknik 2. Jurusan yang kuambil kini adalah Pengurusan Makanan .
Sekolah menengah Teknik (ERT) Setapak ini mempunyai tiga aliran kursus yang ditawarkan. Selain aliran teknik dan vokasional aliran kemahiran juga disediakan. Terdapat sedikit perbezaan antara aliran-a;iran tersebut. Aliran teknik para pelajarnya diwajibkan mengambil subjek sains tulen iaitu fizik, kimia dan biologi. Aliran teknik juga kursusnya berfokus kepada teori berbanding amali. Manakala bagi aliran vokasional pula, mereka lebih fokus kepada amali berbanding teori. Aliran kemahiran hanya berfokus kepada kemahiran sahaja. Walaupun mereka tidak belajar subjek akedemik tetapi mereka diberikan latihan amali secukupnya.
*****
Sepunuh tumpuan aku berikan semasa sesi pembelajaran walupun mata ini amat pedih sekali menahan rasa mengantuk. Semua ini gara-gara tindakan senior yang sering mengganggu masa tidurku. Kadang-kala terfikir mengapa mereka berkelakuan sedemikian dan suka mencari salah junior, adalah lebih baik mereka fokus kepada SPM yang bakal mereka depani tahun ini. Siap kali ada masa senggang saja dalam kelas aku sering manfaatkan masa tersebut untuk tidur kerana jika pulang ke asrama tidak akan ada lagi masa tidur yang nyenyak ku nikmati. Aku akui pelajaranku sedikit merosot. Subjek sejarah yang menjadi subjek kegemaranku kini tidak lagi aku kuasai dengan baik malah, aku gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun. Bukan itu sahaja matematik juga aku gagal sedangkan kedua-dua subjek ini aku sering mendapat A.
Sudah dua minggu aku berada di dalam kelas 4 Teknik 2 tanpa ketua kelas dan penolong ketua kelas. Suasana dalam bilik darjah pastinya tidak terurus dan sering kali bising bila ketiadaan guru. Suatu hari guru kelasku memaklumkan perlantikan AJK kelas mengikut kuasa Vetonya.
“ Saya selaku guru kelas kamu maka saya ingin melantik Hasni sebagai ketua kelas, Rabiatul sebagai Penolong Ketua kelas, Hanisah sebagai bendahari dan Fatin sebagai setiausaha. Saya harap kamu setuju dengan perlantikan ini”, kata Puan Syikin dengan tegas.
Jiwaku memberontak, “Mengapa aku yang dilantik,mengapa mesti aku?”. Bukan aku marah dengan taklifan tersebut tetapi aku sememangnya tidak suka memengang apa-apa jawatan. Namun, aku terpaksa akur. Alhamdulillah semua yang dilantik adalah kawan-kawan yang baik denganku. Tidakku nafikan pelantikan kami tidak diterima sebulat suara kerana kami semua adalah dalam kalangan pelajar yang pendiam dalam kelas.
“ Nape cikgu pandai-pandai je lantik jawatankuasa kelas tanpa berbincang dengan kita semua?”, Tanya suria dengan nada tidak puas hati
“ Ntahlah aku pun pelik padahal ramai lagi yang layak boleh dia bagi dekat budak-budak tu.” balas Ika yang turut membantah keputusan tersebut.
“ Aku rasa mereka ni mesti kroni-kroni cikgu sebab tu senang-senang je cikgu lantik diorang”, sampuk Sue.
Perbualan mereka aku dengari semasa aku baru tiba di tandas tetapi mereka tidak sedar akan kehadiran batang tubuhku di sebalik daun pintu yang tertutup. Sungguh tidak aku sangka bergitu sekali tanggapan mereka buat kami.
16 April 2003,
Rabiatul kau harus buktikan kau boleh laksanakan tugas ini dengan baik. Jangan membenarkan penistaan dan fitnah ini terus berleluasa. Kau harus bergabung tenaga dengan jawatankuasa yang lain demi membersihkan nama baik masing-masing. Catatan aku didalam dairi hatiku.
*****
Berkat kesabaran dan sikap professional mengndalikan kelas akhirnya rakan sekelas memberikan sepenuh pengormatan buat kami selaku jawatankuasa tertinggi dalam kelas. Kemudiaanya bakat kepimpinanku terus digilap. Aku dicalonkan sebagai calon pengawas bagi sesi hadapan. Walaupun berat juga aku menghadiri sesi penamaan calon-calon pangawas tetapi demi menjaga nama baik guru kelas yang mencalonkan namaku, aku gagahkan juga kaki malangkah ke Bilik Gerakan Pengawas.
Melangkah sahaja kaki ke dalam bilik tersebut jantungku berdegup kencang sekali. Dup..dup..dup.. Seram sejuk seluruh tubuh badanku kerana bakal ditemuduga oleh ketua pengawas dan penolong ketua pengawas serta beberapa ajk tertinggi yang lain. Aku duduk dibarisan menunggu dan sempat melihat wajah-wajah pucat calon yang lain. Semuanya seakan-akan tidak senang duduk menanti giliran untuk ditemuduga. Giliranku akhirnya tiba juga.
“ Nama awak Rabiatul Husna Binti Naufal?”
“ Ya, saya Rabiatul Husna Binti Naufal.”
“ Sebelum ini pernah jadi pengawas?”
“ Tidak pernah kak.”
“ So, awak takde pengalaman la ni. Susah la kalau macam ni”
“ InsyaAllah kak walaupun takde pengalaman saya boleh belajar dan saya akan buat yang terbaik”
“ Ayat biasalah tu sebelum dapat. Sekarang awak pergi belakang sana dan ambik Ikrar ini baca. Akak nak suara kuat dan jelas sampai kat depan ni. Faham!”
“ Baik kak.”
Tersenyum aku sendirian bila dikenangkan kembali saat temuduga itu. Mengapalah aku terlalu takut? Nasib baik aku berjaya kawal emosi dan tindakan. Aku juga percaya bahawa jika kita dapat mengawal pemikiran kita, emosi dan tindakan kita juga pasti terkawal.
Keadaan ini telah dinyatakan dalam Teori Rasional-Emotif Tingkahlaku atau lebih dikenali sebagai Teori REBT. Teori ini telah dipelopori oleh Albert Ellis iaitu bapa terapi kognitif-tingkahlaku. Pandanngan Ellis tentang sifat semulajadi manusia dalam teori ini ialah manusia didominasi oleh prinsip bahawa emosi, pemikiran dan perasaan terikat kemas dalam psikik manusia. Manusia yang normal dikatakan berfikir, berperasaan dan bertindak secara bertukar ganti. Pemikiran manusia kerap membentuk perasaan dan tindakan. Perasaan pula akan member kesan kepada pemikiran dan tindakan. Manakala tindakan pula akan memberi kesan kepada perasaan dan pemikiran. Setiap satunya saling berkait dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Teori ini juga sangat menekankan konsep bahawa pemikiran yang menguasai emosi dan tindakan. Jika kita meletakkan memikirkan atau memdang sesuatu itu dari aspek positif maka tindakan dan emosi kita turut akan positif. Dengan itu pemikiran seharusnya sentiasa dalam keadaan baik demi menjana emosi dan tingkah laki yang baik.
****
Pada suatu hari, mesyuarat agung pengawas diadakan dalam bilik gerakan. Semua pengawas sekolah dan ahli tertinggi pengawas turut serta dalam mesyuarat tersebut. Tujuannya adalah untuk membubarkan jawatankuasa induk pengawas lama dan membuat perlantikan baru. Sesuatu yang tidakku duga aku telah dilantik sebagai orang kelima tertinggi. Aku dilantik sebagai Katua Biro Disiplin kedudukanku terus bawah Penolong Ketua Pengawas. Pentaklifan ini amat berat untukku pikul diawalnya. Aku mempersoalkan pentaklifan diriku kerana pada pentafsiranku jawatan tersebut hanya layak dipikul oleh orang-orang yang garang sahaja. Selepas aku merisik bekas ketua pengawas baruku tahu bahawa pentaklifan ini dibuat kerana dalam pemerhatian mereka aku mampu kawal pelajar bermasalah. Pendekatan yang aku guna amat mudah bertepatan dengan firman Allah dalam surah An –Nahl ayat 125 yang bermaksud “ Serulah ( manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat pertunjuk ”.
Namun begitu aku tidak dapat lari diuji semasa menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang pangawas. Kalau perli dan dibenci oleh rakan-rakan itu adalah perkara biasa lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar bermasalah. Kelas angkatku juga adalah kelas yang paling bermasalah. Memang menguji kredibiliti diriku. Aku pernah dibaling dengan roti gara-gara aku tidak membenarkan pelajar tertabit membawa makanan ke dalam kelas.
****
Salah satu aktiviti utama dalam takwim pengawas adalah spot check barang haram ke sekolah atau ke asrama. Suatu malam semasa kami semua sedang sibuk menelaah pelajaran tiba-tiba warden asrama datang dan terus buat spot check. Dalam operasi tersebut aku dan tiga orang pengawas sekolah yang lain membantu warden tersebut mengeledah keseluruhan kawan kelasku. Nasib rakan-rakan kelasku baik kerana kami tidak menemui sebarang peralatan yang haram di bawa ke sekolah. Warden tersebut naik berang kerana tidak barang rampasan dalam operasi tersebut.
“ Mustahil kelas ini tiada rampasan. Pengawas yang bersubahat saya tidak akan maafkan kamu”, tengking puan Rohaida
Saat itu aku dan rakan-rakan pengawas semua tunduk ke bumi tidak mampu untuk memandang wajah garang Puan Rohaida. Hati memberontak untuk memaklumkan bahawa aku tahu siapa yang membawa telephone bimbit ke sekolah. Aku hanya mampu memandang sayu wajah rakanku agar mereka mengaku sendiri kesalahan mereka tetapi rakanku tersebut hanya berpaling. Kecewa rasanya saat itu. Keluar sahaja Puan Rohaida dari kelas aku dan rakan pengawas terus ke tandas. Kami sama-sama menitiskan air mata kerana kami gagal jalankan amanah ini. Tanpa berlengah air mata dikesat kami bertiga pergi ke bilik guru lelaki untuk berjumpa Ustaz Zaid.
Bilik guru lelaki sememangnya terpisah dengan bilik guru perempuan. Semua pelajar yang ingin bertemu guru lelaki diwajibkan berteman dan tidak pergi bersendirian. Hal ini bertujuan mengelak sebarang fitnah dan demi menjaga hubungan antara pelajar dan guru. Guru-guru lelaki juga tidak akan membenarkan pelajar masuk ke dalam bilik guru lelaki jika datang bersendirian.
Ketika aku dan dua orang rakan pengawas tiba di bilik guru tersebut Ustaz Zaid sedang tekun menyiapkan tugasnya. Pintu diketuk dan kami diizinkan masuk.
“ Assalamualaikum ustaz. Maaf mengganggu ustaz”, kata Hanisah membuka bicara.
“ Waalaikumussalam. Boleh saya bantu kamu?”, jawab Ustaz Zaid dengan tenang.
“ Kami ada masalah ustaz. Tadi ada spot check dalam kelas bersama Puan Rohaida tetapi kelas kami tiada barang rampasan. Puan Rohaida marah la kami dan tidak akan maafkan kami berempat sebab kami bersubahat dengan pelajar yang buat salah”, Fatin bercerita kepada ustaz.
“ Jadi masalah kamu sekarang ni?”, ustaz masih kabur dengan permasalahan kami.
“ Kami ingin memohon maaf pada Puan Rohaida ustaz, bukan niat kami berbohong denganya tetapi kami tersepit antara kawan dan amanah. Seandainya kami beritahu Puan Rohaida nanti teruk la kami”, Giliranku pula member penjelasan lanjut.
“ Kamu tahukan amanah dan tanggungjawab kamu sebagai pengawas. Ana faham masalah kamu semua tetapi kamu kena ingat kamu akan dilindungi oleh pihak sekolah jika kamu diugut. Ana akan bagitahu Puan Rohaida tetang hal kamu semua dan sekarang ini tulis nama pelajar yang kamu tahu membawa barang haram”, kata ustaz zaid
Setelah selesai kami pun pulang ke kelas dengan hati yang tenang.
****
Walaupun aku sibuk dengan rutin pembelajaran dan tugas sebagai seorang pengawas tetapi aku tetap bergiat aktif dalam Persatuan Puteri Islam. Aku telah dipilih bersama 35 orang pelajar untuk menyertai Pertandingan Kawat Kaki Puteri Islam Peringkat Kebangsaan bagi mewakili Wilayah Persekutuan. Setiap hari selepas sesi pembelajaran kami akan menjalani latihan kawat. Pelbagai formasi kawat yang dipelajarai antaranya kawat jam, bunga raya dan sauh. Kesukaran melakukan kawat formasi ini ialah ketepatan setiap ahli mengingati pergerakan kerana kawat ini dilakukan tampa arahan daripada komander. Menjadi salah satu peraturan dalam kawat bagi badan bukan kerajaan (NGO) melakukan kawat senyap. Jika badan persatuan itu adalah dari kalangan badan kerajaan seperti Kadet Polis dan Kadet Bomba barulah arahan komander dibenarkan semasa melakukan formasi.
Akhirnya masa yang dinantikan pun tiba. Kami dibekalkan dengan baju kawat oleh pihak sekolah dan segala pengankutan disediakan. Seawal jam 7.00 pagi kami bertolak ke Johor kerana pada tahun ini Johor merupakan tuan rumah pertandingan tersebut. Pelbagai sekolah dan semua negeri di seluruh Malysia menghantar wakil pasukan masing-masing. Para peserta pula diberi tempat penginapan di Sekolah Menengah Tun Fatimah Johor Bharu.
Sepanjang seminggu berada di sana pelbagai pengalaman yang berjaya aku perolehi, aku juga telah bertemu ramai kawan-kawan dari pelbagai negeri diseluruh Malaysia.
*****
Selepas bercuti selama seminggu semua pelajar harus mendepani peperiksaan pertengahan tahun. Peperiksaan ini akan mengukur sejauh mana para pelajar menguasai sebahagian subjek yang diambil pada tahun tersebut. Kali ini aku sebagai pelajar Aliran teknik akan diuji dengan ujian mereka resipi. Ujian ini akan berlangsung selama 1 jam 30 minit. Setiap pelajar harus menyediakan satu hidangan untuk 4 porsi dengan bergantung kepada pelbagai permasalahan pelanggan. Aku telah memilih untuk menyediakan makanan bagi pesakit darah tinggi. Dalam resipi yang dicipta para pelajar harus mengira kandungan kalori berdasarkan pengiraan yang digariskan dalam buku khas.
Terdapat sedikit perbezaan dengan pelajar Aliran Vokasional mereka hanya perlu menyediakan masakan sebanyak 7 jenis. Resipi bagi masakan tersebut boleh diperohi daripada pelbagai buku tanpa perlu mencipta sendiri tetapi berdasarkan tema-tema terpilih. Antara tema yang diberikan ialah hidangan pengantin, hidangan makan malam, masakan Thai, dan masakan laut. Masakan mereka menyediakan hidangan terbut pula adalah 3 jam sahaja. Penilaian bagi pengujian amali ini diambil kira dari aspek kebersihan dapur, kecekapan memasak, keseimbangan hidangan, susuanan di meja hidangan dan perhiasan bagi setiap menu.
Namun demikian terdapat juga pengujian dari aspek layanan pelanggan. Ketika pengujian para pelajar wajib memakai baju kemeja putih dan berseluar hitam bagi lelaki dan berkain hitam bagi perempuan. Para pelajar harus melakonkan seolah-olah mereka sedang melayan pelangan dan ia bermula dari penyusunan peralatan di atas meja makan. Terdapat dua jenis susunan yang biasa digunakan iaitu table doht atau ala carte.
Setelah berjuang selama hampir dua minggu bersengkang mata belajar akhirnya keputusan peperiksaan diumumkan. Alhamdulillah aku mendapat tempat ke-3 dalam kelas dan aku berjaya menjadi pelajar terbaik bagi subjek Sejarah dan Pendidikan Islam. Berdasarkan keputusan tersebutlah aku telah dipilih oleh guru sejarahku yang merupakan guru paling rapat denganku untuk mewakili sekolah ke Pertandingan Kuiz Patriotik 2004.
Guru sejarahku, Puan Mahsyuria merupakan guru yang paling garang. Di asrama beliau merupakan warden yang paling glamour kerana jeritannya bisa menggegarkan seluruh ruang asrama. Ketegasannya dalam mendidik para pelajar sangat terselah. Namun begitu jika kita mendekati dan pandai mengambil hati beliau, beliau sebenarnya sangat baik dan penyanyang. Minatku terhadap subjek sejarah hadir kembali berbunga di hati. dalam kelas juga aku sering memberikan segala tumpuan dan aku hampir boleh menghafal setiap isi kandungan buku teks subjek tersebut.
Kertas peperiksaanku juga sering dihiasi dengan pelbagai kata-kata semangat. Puan mahsyuria juga sering memberi tumpuan lebih terhadapku berbanding rakan pelajar yang lain. Keadaan ini menyebabkan ramai rakan sekelasku cemburu dengan layanan baik tersebut. Walaupun aku sedikit terkilan dengan perkara yang berlaku tetapi aku kuatkan semangat kerana harapan yang diletakkan di bahuku amat berat untuk dipikul.
Puan Mahsyuria telah menghadiahkan aku sebuah buku nota dan tercatat kalimah ‘ doa saya sentiasa mengiringi setiap langkahmu. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Sejarah SPM dapat A ’. Hadiah tersebut diberikan kepadaku semperna aku mendapat markah tertinggi sejarah dalam peperiksaan percubaan SPM.
Ketika menganggam buku tersebut air mataku mengalir bagaikan hujan membasahi pipi. Bait-bait kalimah yang tercatat benar-benar membuatkan aku terharu dan terasa berat beban amanah yang harus ku pikul. Amanah seorang guru yang ingin melihat kejayaanku. Rakan baikku juga turut menangis bersama-sama denganku kerana mereka turut merasai apa yang kurasai. Dalam hatiku telah ku pasakkan aku wajib mendapat A dalam kertas sejarah walau apa pun terjadi demi melihat impian guruku tercapai.
Hampir setiap malam kuhadamkan buku teks sejarah tingakatan 5. Usaha kerasku ini telah membolehkan aku menulis setiap patah perkataan dalam sesuatu bab itu ke dalam karangan sejarahku. Kawan-kawanku juga sering menjadikan aku tempat mereka merujuk jika tidak faham satu-satu bahagian dalam subjek ini.. Anisiatif yang kuambil adalah datang ke kelas bersama rakan-rakan dalam 4 atau 5 orang dan aku akan bertindak sebagai guru ajar mereka sejarah. Kebiasaannya habis seluruh papan hitam aku penuhi dengan fakta-fakta sejarah dan aku jadikan fakta tersebut dalam bentuk peta minda. Rakan-rakanku juga mudah faham pengajaran yang ku sampaikan.
Seminggu sebelum hari peperiksaan SPM aku telah pun memohon maaf dari semua guru-guruku. Majlis titisan ilmu dianjurkan dan semua guru hadir dalam majlis tersebut. Sepanjang minggu peperiksaan berlangsung setiap pagi aku akan menelefon emak supaya emak mendoakanku. Amalan ini telah menjadi tradisi adik beradik ku ketika minggu peperiksaan berlangsung.
****
No comments:
Post a Comment