October 09, 2011

Salam Imtihan ya Akhi..


Salam imtihan buat adindaku yang terhandsome huhu…

Semoga Allah pemudahkan urusanmu dan Allah menguatkan semangatmu untuk melakukan yang terbaik dalam perjuangan ini. Biarpun tidak berkesempatan balik time study week baru-baru ini takpe demi sebuah pengorbanan.

Actly, nak share cite ini. Teringat plak masa exm dulu-dulu kat UPSi. Boleh dikatakan setiap kali final je mesti ada sahabat-sahabat seperjuangan akan meniupkan semangat dengan cerita-cerita motivasi yang lebih menunjukkan kebergantungan dan keyakinan pada Allah paling utama selain usaha yang berterusan.

Cerita 1 :

Ada seorang sahabat ini dia mengambil jurusan medic. So sume orang tau kan course ini bukan mudah dan study mesti kena fokus betul2x. Sahabat ini juga merupakan seorang yang sememangnya istiqamah dengan pejuangan Islam dan agak aktif dalam kegiatan dakwah. Maka hari-harinya sangat sibuk antara pejuangan dalam dakwah dan juga pengajian. Suatu hari ditakdirkan sahabatnya sakit dan perlu dirawat di hospital . Dengan lapang dada sahabat ini sanggup menemani sahabatnya itu bermalam di hospital sedangkan esok pagi dia bakal menduduki exm bagi paper yang dianggap killer subject. Tanpa sebarang persediaan dia melangkah kaki dengan yakin ke dewan imtihan. Pasti dan pastilah dia tak boleh jawab soalan-soalan tersebut. Lantas dia menulis bismillah dan sadaqallah je. Terus dia keluar dari dewan. Namun hatinya tetap yakin bantuan Allah itu pasti datang. Masa pun berlalu, akhirnya result pun tiba. Tau tak si dia mendapat “mumtaz” (cemerlang) bagi killer subject tu. Alangkah terkejutnya dia. Dengan penuh berani dia bertemu dengan lecturer subject tersebut untuk mendapatkan kepastian. (dia ckp dlm bahasa arab ana terjemahkan)

“ Puan, betul ke result sy ini?”

“ So u la yg dapat mumtaz tu yea”

“ Yes its me,I’m curious to know how it was happened?”

“Actly, saya dh bernazar jika anak saya lahir adalah lelaki tempoh hari, maka saya akan bagi mumtaz bagi kertas pertama yang saya tanda tanpa menyemaknya. So kebetulan mayb your paper”

Cerita 2

Cerita ini diceritakan sendiri oleh empunya diri ketika ana menghadiri program akademik anjuran Lajnah Akademik. Insan ini memang terkenal dengan kepandaian dan sering menjadi contoh disebabkan resultnya selalu meletop. Menurut sahabat ini, insan-insan yang terlibat dalam gerak kerja Islam mesti memastikan menjaga segala aspek dan tidak mengetepikan akademik dalam kesibukkan berdakwah. Time management dan kebergantung pada Allah sangat penting. Peristiwa ini pernah berlaku dalam dirinya. Setiap kali imtihan pasti dia akan membuat solat istiharah dan solat hajat. Suatu hari oleh kerana terlalu penat baru pulang dari program maka dia tidak sempat untuk study sedangkan keesokkan harinya ada exm. Namun dia tetap istiqamah melakukan solat sunat tersebut dan terus tertidur. Dengan izin Allah malam tersebut dia bermimpi menduduki peperiksaan ppr esk tu. Tak sangka apa yang berlaku dalam mimpi itu menjadi nyata. Soalan yang sama keluar dalam ppr tersebut. Hatinya berbunga dan tenang menjawab. Alhamdulillah resultnya maintain…

Moral cerita, bukanlah bermakna kita tidak perlu berusaha tetapi ingat segalanya Allah yang menentukan. Yakinlah man jadda wa jada…

No comments: